[KitaJaga.co] Mohon & Sumbangkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Disini Sahaja

1,545

Terdapat pelbagai kaedah untuk memberikan sumbangan kepada mangsa pelbagai bencana sama ada bantuan tenaga kerja, barangan keperluan, wang ringgit serta keperluan kebersihan diri.

Bagi anda yang tidak mampu untuk menghulurkan bantuan tenaga kepada mereka yang memerlukan secara bersemuka, anda boleh gunakan aplikasi KitaJaga.co untuk berikan sumbangan atau bantuan kepada mangsa bencana.

Macam mana nak berikan sumbangan melalui aplikasi KitaJaga.co?

APA ITU KITAJAGA.CO?

KitaJaga.co telah dilancarkan pada awal bulan Julai 2021, dengan sasaran untuk membantu individu dan keluarga yang terkesan dengan pandemik COVID-19, sewaktu di tengah-tengah kehangatan kempen #kibarbenderaputih.

KitaJaga.co telah dibangunkan oleh perusahan tempatan yang dibarisi oleh anak-anak muda di Terato Tech dengan konsep pengibaran bendera putih secara digital, yang memudahkan orang ramai untuk mendapatkan bantuan atau memberikan bantuan.

Platform ini berkesan kepada mereka yang memerlukan bantuan tetapi tidak boleh bergerak disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga status fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). Platform ini memudahkan mereka yang ingin membantu supaya mengetahui lokasi penerima bantuan dengan mudah melalui geo-lokasi di platform ini.

TUJUAN

  • Membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar-belakang bangsa dan agama
  • Mengurangkan beban komuniti yang terkesan dan terpaksa mengibarkan bendera putih
  • Memberi sokongan kepada perniagaan tempatan untuk melalui waktu sukar ini
  • Bersatu dengan mereka yang terjejas melalui tindakan sederhana ini

BARANG YANG DIPERLUKAN

Apakah barang-barang yang diperlukan oleh mangsa banjir?

Barang yang diperlukan oleh mangsa banjir buat masa ini adalah:

  • Barangan runcit
  • Barangan penjagaan bayi
  • Barangan isi rumah

CARA MOHON & BERIKAN BANTUAN

Bagi mangsa yang ingin membuat permohonan bantuan boleh masuk ke pautan:

[KitaJaga.co] Mohon & Sumbangkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Disini Sahaja

  • Kemudian klik Jom Tolong!
  • Klik Perlu Bantuan untuk mohon bantuan
  • Klik Ingin Bantu untuk berikan bantuan
  • Seterusnya klik Allow untuk membolehkan aplikasi mengesan kedudukan anda

[KitaJaga.co] Mohon & Sumbangkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Disini Sahaja

  • Lengkapkan borang, pilih bantuan yang diperlukan atau bantuan yang ingin disumbangkan dan klik hantar.

[KitaJaga.co] Mohon & Sumbangkan Bantuan Kepada Mangsa Banjir Disini Sahaja

  • Akhir sekali, tunggu bantuan dihantar kepada anda. Manakala pemberi sumbangan, ikuti langkah-langkah penyediaan sumbangan mengikut pilihan anda.

Selain itu, kerajaan Malaysia juga ada menyediakan beberapa bentuk bantuan kepada mangsa banjir seperti cuti kecemasan, cuti bergaji dan Bantuan Wang Ihsan sehingga RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah yang terlibat.

Pihak-pihak bank juga menyediakan bantuan kepada mangsa banjir dan antara bank yang terlibat adalah Maybank yang menyediakan bantuan kepada pelanggan mereka termasuk kakitangan Maybank yang terlibat banjir.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.