Langkah-Langkah Permohonan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 65/22 Wanita

920

Mulai 16 November 2021 ini, bahagian Kerjaya dan Pengambilan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membuka pengambilan Perajurit Muda Siri 65/22 Wanita.

Permohonan telah dibuka mulai 16 November 2021 sehingga 24 November 2021 ini.

Permohonan juga adalah secara online dan anda boleh terus membuat permohonan sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan seperti perkongsian ini.

TARIKH PERMOHONAN TUDM SIRI 65/22 WANITA

Anda boleh membuat permohonan mengikut tarikh yang telah ditetapkan iaitu bermula:

  • 16 November 2021 sehingga tarikh tutup pada 30 November 2021

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat kelayakan permohonan Perajurit Muda Siri 65/22 Wanita TUDM terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 1 MAC 2022.
  • Penglihatan
    a) Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
    b) Tidak rabun warna
  • Pendengaran: Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  • Taraf kesihatan : Sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

Syarat Fizikal

  • Tinggi
    a) Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    b) Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  • Berat
    a) Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    b) Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  • Indeks Jisim Badan (BMI)
    a) Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 25

Kelayakan Akademik

  • SPM: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SVM: Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SKM TAHAP 2: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  • SKM TAHAP 3: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN: Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

CARA MOHON

Permohonan adalah melalui portal Kerjaya dan Pengambilan TUDM dipautan berikut:

Langkah-Langkah Permohonan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Siri 65/22 Wanita

  • Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).
  • Log masuk ke bahagian pemohon.
  • Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.
  • Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.
Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan pemohon.
Pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri ke Pusat Pemilihan Awal Perajurit Muda Udara mengikut pusat yang dipilih semasa memohon.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Perajurit Muda Siri 65/22 Wanita TUDM, sila hubungi Seksyen Kerjaya & Pengambilan TUDM disaluran berikut:

  • 013-6893814

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.