Cara Mohon Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 5/2021 Pengambilan Disember

564

Ada pelajar yang ingin ikuti Program Persediaan Intensif Bahasa Inggeris Kolej Profesional MARA (KPM)?

Jika ada, anda boleh membuat permohonan sebelum 28 Disember 2021 ini ya!

Baca dahulu syarat permohonan yang dikongsikan disini dan buat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup.

TARIKH BUKA & TUTUP PERMOHONAN

Pelajar yang berminat untuk mengikuti Program Persediaan Intensif Bahasa Inggeris Kolej Profesional MARA (KPM) boleh membuat permohonan mulai:

  • Tarikh Buka Permohonan: 28 Oktober 2021
  • Tarikh Tutup Permohonan: 28 November 2021

Baca syarat permohonan dahulu sebelum membuat permohoonan ya!

Baca juga: Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 & Tingkatan 4 Tahun 2022 Dibuka! Mohon Di Pautan Ini

SYARAT PERMOHONAN

Terdapat 2 jenis syarat permohonan iaitu syarat umum dan syarat khusus seperti yang ditetapkan.

Syarat umum permohonan untuk Program Persediaan Intensif Bahasa Inggeris Kolej Profesional MARA (KPM) adalah seperti berikut:

  • Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa berstatus Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur 18 tahun dan tidak melebihi 35 tahun.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  • Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  • MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad.

Manakala syarat khusus yang ditetapkan oleh MARA pula dalah seperti berikut:

  • Memperolehi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)
  • Memenuhi SYARAT KELAYAKAN PROGRAM IEP seperti di bawah:

Cara Mohon Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 5/2021 Pengambilan Disember

PERINGATAN: Pastikan maklumat yang diberikan adalah maklumat yang betul dan tepat. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online di laman web berikut:

Cara Mohon Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 5/2021 Pengambilan Disember

  • Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Klik Hantar
  • Kemudian isi borang untuk permohonan
  • Lengkapkan permohonan anda dan hantar.

Baca juga: Cara Mohon Kemasukan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Ambilan 2022. Klik Sini Untuk Mohon

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Intensif Bahasa Inggeris (IEP) Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 5/2021, sila dapatkan di saluran berikut:

  • Telefon : 03-26134074 / 03-26134075 / 03-26134076 / 03-26134077 / 03-26134081
  • Emel : [email protected]
  • Facebook : Hi-Edu MARA – Kolej Profesional MARA
  • Twitter : Hi Edu MARA
  • Telegram : Hi Edu MARA
  • Instagram : Hi Edu MARA
  • Portal UPIM : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
  • WhatsApp : +6011-58521184

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.