Orang Sarawak, Check Bil Elektrik SESCO Guna Apps SEB Cares Je!

1,319

Kalau pemilik kediaman di Semenanjung boleh membuat semakan bil elektrik secara online melalui aplikasi MyTNB, kini giliran warga Sarawak pula membuat semakan bil elektrik SESCO menggunakan aplikasi SEB Cares sahaja!

Ini bermakna aplikasi SEB Cares sangat memudahkan pemilik atau penyewa kediaman untuk membuat semakan seterusnya membuat pembayaran bil elektrik tanpa tunggakan lagi.

Dapatkan cara-cara untuk daftar SEB Cares disini seterusnya boleh buat semakan bil elektrik anda ya!

DOWNLOAD APLIKASI SEB CARES

Untuk menggunakan aplikasi SEB Cares ini, anda hanya perlu download dahulu aplikasi SEB Cares dipautan berikut:

Orang Sarawak, Check Bil Elektrik SESCO Guna Apps SEB Cares Je!

CARA BUAT SEMAKAN BIL ELEKTRIK SESCO

Sebelum buat semakan bil elektrik SESCO, anda perlu daftarkan akaun anda terlebih dahulu.

Kemudian:

  • Isikan maklumat dengan betul dan tepat
  • Tunggu mesej dari 66399 selepas selesai pendaftaran.
  • Setelah anda berjaya mendaftar akaun anda dan log masuk, klik bahagian “+” di penjuru sebelah kanan untuk menambah akaun bil elektrik anda.
  • Setelah itu, daftarkan akaun bil elektrik anda mengikut nombor Contract Account seperti yang tertera pada bil kertas anda sebelum ini. Pastikan anda mengisi nama pemilik Contract Account sama seperti di dalam bil.
  • Kembali ke Homepage dan anda akan melihat jumlah bil elektrik anda terpapar. Untuk maklumat terperinci, tekan ‘>’
  • Pilih cara anda menerima bil setiap bulan sama ada melalui emel, sms atau pun Push Notification. Anda digalakkan untuk memilih opsyen emel kerana bil elektrik anda akan dihantar ke emel anda setiap bulan dalam bentuk dokumen PDF. Tinggal imbas kod bar dan bayar.

Orang Sarawak, Check Bil Elektrik SESCO Guna Apps SEB Cares Je!

  • Semak maklumat bil yang diterima.
  • Kemudian buat pembayaran bil anda.
Nota: Anda boleh buat semakan akaun bil elektrik orang lain menggunakan sistem ini dan anda boleh daftarkan lebih dari 1 akaun.
Orang Sarawak, Check Bil Elektrik SESCO Guna Apps SEB Cares Je!

Dah siap!

Lebih mudah dan tak perlu ke kaunter lagi dah untuk setelkan bil elektrik SESCO. Semuanya dihujung jari sahaja!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Anda boleh dapatkan maklumat seterusnya mengenai pembayaran bil elektrik di Sarawak menggunakan aplikasi SEB Cares disaluran berikut:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.