Cara Mohon Skim Medic Koperasi Tentera. Terima Faedah Sehingga RM25,000 Setahun

2,836

Koperasi Tentera sangat prihatin dengan kebajikan ahlinya sehingga menyediakan Skim Medic Koperasi Tentera dengan memberikan pelbagai perlindungan kepada ahlinya.

Ahli Koperasi Tentera boleh menggunakan kemudahan dan manfaat yang diberikan ini mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh Skim Medic Koperasi Tentera.

Berminat untuk menyertai produk insurans Skim Medic KT? Dapatkan info berkaitan disini.

Baca juga: [Veteran ATM] 2 Jenis Jawatan Ditawarkan Prolintas Group Of Companies. Gaji Sehingga RM2,500

INFO RINGKAS SKIM MEDIC KT

Produk ini diperkenalkan pada tahun 2020.

Skim Medic KT ini hanya terbuka kepada anggota KT khusus untuk memberi perlindungan bagi kemasukan ke hospital, pembedahan serta bantuan rawatan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan.

SKOP PERLINDUNGAN

Perlindungan 24 jam di seluruh dunia (kecuali negara yang tidak diiktiraf oleh Malaysia) samada di dalam tugas atau pun di luar tugas.

SYARAT KELAYAKAN SKIM MEDIC KT

Syarat kelayakan untuk menyertai SKim Medic KT ialah:

Had Umur Penyertaan Peserta

  • Daripada 18 sehingga 64 tahun (di bawah umur 65)

Had Umur Penyertaan Anak

  • Daripada 15 hari sehingga 25 tahun (masih di bawah tanggungan)

Had Umur Matang

  • Di bawah umur 69 Tahun

KEAHLIAN & KAEDAH BAYARAN SUMBANGAN

Keahlian dan kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

Anggota Tetap ATM / Kadet / Perajurit Muda dan Kerahan

  • Potongan gaji bulanan melalui UGAT

PSTD, ROTU, PALAPES, Sukarela

  • Bayaran sendiri setiap 6 atau setiap 12 bulan

Pesara Tentera

  • Bayaran sendiri / Pelarasan Akaun Simpanan KT setiap 6 atau setiap 12 bulan

Kakitangan Awam KEMENTAH

  • Bayaran awal 3 bulan sebelum potongan gaji melalui BIRO ANGKASA

APMM

  • Potongan gaji melalui Majikan / Pelarasan Akaun Simpanan KT

TARIKH KUATKUASA PERLINDUNGAN

Tarihk kuatkuasa perlindungan Skim Medic KT adalah seperti berikut:

Tarikh Kuatkuasa Perlindungan

  • 30 hari selepas potongan gaji pertama

Tempoh Menunggu

  • Tiada Penyakit: 30 hari
  • Penyakit Spesifik: 120 hari
  • Penyakit Sedia Ada: 12 bulan

KADAR SUMBANGAN (BULANAN)

Rujuk jadual berikut untuk dapatkan kadar sumbangan secara bulanan seperti berikut:

PELAN KATEGORI  KADAR SUMBANGAN (RM)
Pelan 1 Ahli Sahaja 74.50
Pelan 2 Ahli dan Pasangan 181.70
Ahli dan Anak(Anak sehingga 5 orang) 186.80
Pelan 3 Ahli dan Anak(Anak sehingga 6 orang) 261.30
Ahli dan Anak(Anak sehingga 7 orang) 335.80
Ahli dan Keluarga(Anak sehingga 5 orang) 214.30
Pelan 4 Ahli dan Keluarga(Anak sehingga 6 orang) 288.80
Ahli dan Keluarga(Anak sehingga 7 orang) 363.30

MANFAAT SKIM

Manfaat skim yang anda bakal perolehi adalah seperti berikut:

Cara Mohon Skim Medic Koperasi Tentera. Terima Faedah Sehingga RM25,000 Setahun

CARA MEMBUAT TUNTUTAN

Sekiranya anda ingin membuat tuntutan, sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  • Memajukan notis bertulis kepada Unit Tuntutan Insurans Koperasi Tentera dalam tempoh 30 hari selepas tarikh kejadian / kemasukan ke wad.
  • Memajukan semua dokumen lengkap ke Unit Tuntutan Insurans Koperasi Tentera selepas 90 hari daripada tarikh keluar wad / consultation.
  • Dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan kelewatan memproses tuntutan di pihak Unit Insurans KT dan juga pihak penanggung skim.
  • Borang Tuntutan boleh didapati di mana-mana pejabat Cawangan Koperasi Tentera.
  • Disertakan senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan ‘Reimbursement’ / bayaran balik bil rawatan.
  • Senarai Dokumen Tuntutan yang lain adalah seperti di lampiran.

Senarai lengkap panel hospital Etiqa Family Takaful Berhad boleh didapati disini.

May be an image of one or more people and text that says 'Sediakan Payung Sebelum Hujan Skim Medic KT menjanjikan perlindungan kepada anggota KT OPERASI ENTERA www.katmb.commy'

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Medic KT sila hubungi Talian 24 jam bebas tol di:

  • 1800-88-9998

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.