Tahu Tak 5 Pekerjaan Ini Paling Berisiko Menyebabkan Kemurungan

0 789

Kemurungan adalah gangguan perasaan yang dihadapi oleh seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam melakukan aktiviti harian.Penyakit ini boleh dihidapioleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu.

Adakah anda tahu bahawa lima pekerjaan ini mempunyai risiko yang paling tinggi menyebabkan kemurungan.

5 PEKERJAAN YANG MENYEBABKAN RISIKO KEMURUNGAN

Berikut adalah pekerjaan-pekerjaan yang menpunyai risiko kemurungan yang rtinggi di Malaysia:

1. Pekerja Pusat Jagaan Warga Emas dan Kanak-Kanak

Hampir 11% daripada pekerja pusat jagaan dilaporkan mengelami kemurungan yang kronik. Hal ini disebabkan oleh tugas dan persekitaran mereka yang agak kurang positif. Antara tugas yang dilakukan oleh mereka adalah memberi makan, memandikan dan menjaga orang lain. Kebaikan yang dilakukan oleh mereka tidak mendapat balasan atau penghargaan daripada orang tersebut kerana mereka terlalu tua atau terlalu muda.

2. Pelayan Restoran

Bekerja sebagai pelayan atau pekerja restoran semestinya tidak mendapat gaji yang begitu tinggi dan setimpal. Sebagai seorang pelayan, merekalah yang terpaksa berhadapan dengan karenah pelanggan yang pelbagai tanpa memikirkan hati mereka. Mereka juga terpaksa bergerak ke merata tempat untuk memenuhi kehendak pelanggan. Oleh itu, mereka cenderung untuk mengalami kemurungan.

3. Pekerja Bidang Kesihatan

Antara pekerjaan yang terlibat dalam bidang kesihatan adalah seperti  doktor, jururawat, ahli terapi dan pelbagai profesion lain yang melibatkan golongan ‘yang sentiasa memberi khidmat’  kepada orang lain. Waktu mereka bekerja adalah panjang dan tidak menentu.

Mereka juga menghadapi tekananyang tinggi sekiranya gagal menyelamatkan dan terpaksa menerima hakikat kematian pesait mereka.

4. Karyawan (Artis/Penghibur/Penulis)

Kebanyakkan golongan ini mengalami kemurungan kerana banyak menerima tekanan daripada orang umum yang kebanyakkan akan memberi komen-komen negatif dan memberi impak negatif kepada mereka. Pendapatan yang diperoleh juga tidak tetap menambahkan lagi tekanan dalam diri mereka.

5. Pendidik

Tugas guru pada masa kini bukan hanya untuk mengejar dalam sesi pembelajaran dan pengajaran ketika waktu sekolah tetapi mereka dibebani lambakan kerja yang perlu disiapkan di rumah termasuk melibatkan diri dalam pelbagai rancangan serta aktiviti yang membabitkan pelajar. Kerenah pelajar dan ibu bapa yang pelbagai menambahkan lagi tekanan yang dihadapi.

Walaubagaimanapun, setiap tugas atau pekerjaan yang dipilih oleh kita sebagai kerjaya, hendaklah dijalankan dengan sebaik mungkin kerana sesuatu pekerjaan itu telah menjadi tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk kita. Oleh itu, dalam apa juga pekerjaan kita haruslah bijak menangani emosi dan tekanan daripada pekerjaan tersebut.

Leave A Reply

Your email address will not be published.