5 Contoh Set Hantaran Tunang/Kahwin Yang Simple Tapi Nampak Mahal. Boleh Try Ni!

137

Dah masuk musim cuti sekolah dan ada dikalangan kita yang bakal melangsungkan majlis pertunangan dan perkahwinan.

Bagi anda yang nak jalankan majlis pertunangan dan perkahwinan pada tahun hadapan pula, boleh check tarikh-tarikh cantik disini sahaja.

Selain dari itu, anda juga boleh semak tarikh cuti sekolah dan hari kelepasan am bagi tahun 2022 disini untuk melangsungkan pelbagai majlis yang anda sekeluarga dah plan.

TUJUAN PERTUNANGAN & PERKAHWINAN

Tujuan pertunangan adalah seperti berikut:

  • Untuk mengikat janji yang keduanya akan berkahwin.
  • Supaya kedua belah keluarga bertemu dan beramah mesra.
  • Supaya kedua belah pihak dapat berbincang dan mendapat kata sepakat mengenai tarikh dan tempat pernikahan, wang hantaran, jumlah dulang hantaran, dan keperluan lain bagi majlis perkahwinan yang diadakan nanti.
  • Supaya kedua pasangan dapat mebuat persiapan perkahwinan mengikut masa.
  • Supaya kedua pasangan dapat membuat persediaan untuk memasuki alam perkahwinan.
  • Supaya kedua pasangan dan ahli keluarga dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Manakala tujuan perkahwinan pula ialah:

  • Perkahwinan itu menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama. Jadi, niatkanlah perkahwinan untuk menjalankan ibadah.
  • Islam sangat menganjurkan bagi mereka yang telah mampu untuk berkahwin, supaya segera bernikah. Nikah memenuhi fitrah kemanusiaan.
  • Berkahwin membantu menghindarkan seseorang dari perbuatan keji dan kotor yang dapat menurunkan atau merendahkan martabat dirinya.
  • Berkahwin untuk mendapatkan keturunan dengan bermula dari memilih pasangan yang soleh dan solehah dan diharapkan zuriat yang lahir juga beriman, berakhlak dan ihsan sesama makhluk.
  • Berkahwin untuk hubungan silaturrahim kekeluargaan kerana bernikah bukan hanya menyatukan dua karakter pasangan yang berbeza tetapi juga menyatukan karakter, budaya, adat dan pemikiran kedua keluarga.

5 CONTOH SET HANTARAN BERTUNANG & BERKAHWIN

Terdapat 5 contoh set hantaran untuk majlis bertunang dan berkahwin yang boleh anda jadikan contoh. Simple tetapi nampak mewah!

SET HANTARAN PEREMPUAN

1. Hantaran Cincin Pertunangan

5 Contoh Set Hantaran Tunang/Kahwin Yang Simple Tapi Nampak Mahal. Boleh Try Ni!

2. Hantaran Tuala

5 Contoh Set Hantaran Tunang/Kahwin Yang Simple Tapi Nampak Mahal. Boleh Try Ni!

3. Hantaran Buahan

5 Contoh Set Hantaran Tunang/Kahwin Yang Simple Tapi Nampak Mahal. Boleh Try Ni!

4. Hantaran Set Aromaterapi

5 Contoh Set Hantaran Tunang/Kahwin Yang Simple Tapi Nampak Mahal. Boleh Try Ni!

5. Hantaran Manisan

5 Contoh Set Hantaran Tunang/Kahwin Yang Simple Tapi Nampak Mahal. Boleh Try Ni!

SET HANTARAN LELAKI

1. Hantaran Tali Leher

5 Contoh Set Hantaran Tunang/Kahwin Yang Simple Tapi Nampak Mahal. Boleh Try Ni!

2. Hantaran Barang Elektronik

5 Contoh Set Hantaran Tunang/Kahwin Yang Simple Tapi Nampak Mahal. Boleh Try Ni!

3. Hantaran Kasut Lelaki

5 Contoh Set Hantaran Tunang/Kahwin Yang Simple Tapi Nampak Mahal. Boleh Try Ni!

4. Hantaran Jam Tangan

5 Contoh Set Hantaran Tunang/Kahwin Yang Simple Tapi Nampak Mahal. Boleh Try Ni!

5. Hantaran Kek Bertunang

5 Contoh Set Hantaran Tunang/Kahwin Yang Simple Tapi Nampak Mahal. Boleh Try Ni!

Mungkin ada dikalangan anda yang lebih kreatif dalam menghasilkan gubahan hantaran tunang dan perkahwinan. Anda boleh jadikan contoh-contoh ini sebagai idea gubahan hantaran anda nanti.

Semoga segala urusan anda dipermudahkan diharap semua perancangan pertunangan dan perkahwinan anda berjalan dengan lancar!

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.