Kempen Pengurangan Kompaun Tempat Letak Kereta MBAS 2021. 2 Cara Setel Kompaun MBAS

287

Ada tak disini warga Alor Setar dan berniat untuk setelkan kompaun tempat letak kereta di bawah Majlis Bandaraya Alor Setar?

Jika ada, anda boleh setelkan kompaun tempat letak kereta anda melalui Kempen Pengurangan Kompaun Tempat Letak Kereta yang diadakan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Macam mana nak setelkan kompaun tempat letak kereta MBAS dengan diskaun ini?

KEMPEN PENGURANGAN KOMPAUN TEMPAT LETAK KERETA MBAS

Majlis Bandaraya Alor Setar akan mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun Tempat Letak Kereta sempena Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa tempoh pandemik Covid-19 bagi tahun 2021.

Ia telah diadakan mulai:

  • 16 November 2021 dan akan berakhir pada 30 Disember 2021

JUMLAH DISKAUN

Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memberikan diskaun kepada orang ramai serendah:

  • RM10 bagi setiap satu kompaun tidak termasuk kompaun yang dikeluarkan Notis Peringatan (NTK) dan kes yang didaftarkan ke mahkamah.

2 CARA BUAT SEMAKAN & BAYARAN KOMPAUN

Terdapat 2 cara untuk anda membuat semakan dan bayaran kompaun letak kereta di bawah Majlis Bandaraya Alor Setar. Cara semakan dan bayaran kompaun adalah seperti berikut:

1. Secara Bersemuka

  • Kaunter Hasil Ibu Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar
  • Kaunter Hasil MBAS di Aras 2 Bangunan UTC Kedah

2. Portal PBTPay

Kempen Pengurangan Kompaun Tempat Letak Kereta MBAS 2021. 2 Cara Setel Kompaun MBAS

  • Daftar akaun anda terlebih dahulu. Daftar sebagai pengguna PBTPay menggunakan MyKad. Percuma sahaja.
  • Pilih PBT dan pilih PBT Majlis Bandaraya Alor Setar
  • Kemudian pilih Kompaun
  • Seterusnya masukkan nombor kompaun atau nombor kenderaan anda untuk semakan
  • Kemudian buat pembayaran kompaun anda dengan diskaun yang diberikan.

Kempen Pengurangan Kompaun Tempat Letak Kereta MBAS 2021. 2 Cara Setel Kompaun MBAS

Baca juga: Golongan B40, Ini Cara Mohon Baik Pulih Rumah Daif Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai semakan dan bayaran kompaun letak kereta di bawah Majlis Bandaraya Alor Setar, sila hubungi Unit Lalulintas, Bahagian Penguatkuasaan, MBAS di saluran berikut:

  • 04-7001505
  • Portal rasmi MBAS

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.