8 Tips Untuk Orang Bisnes Buat Pinjaman Modal Dari Bank. Try Buat, Gerenti Lulus!

264

Usahawan yang mempunyai perniagaan masing-masing sebenarnya boleh membuat pinjaman modal dari bank.

Cuma kebanyakan usahawan ini ini tidak tahu cara yang betul untuk membuat pinjaman modal dari bank dan apa yang perlu disediakan.

Dapatkan 8 tips yang berguna ini untuk membuat permohonan modal dari bank dan mana tahu, permohonan anda diluluskan dengan mudah.

8 TIPS UNTUK ORANG BISNES BUAT PINJAMAN MODAL DARI BANK

Kalau anda benar-benar nak gunakan wang sebagai modal perniagaan, apa kata ikuti 8 tips yang dikongsikan ini.

Jangan skip setiap langkah-langkah ini ya!

1. Pastikan Ada Lesen Berniaga

  • Tahu tak SSM? Pastikan perniagaan anda berdaftar dengan SSM.
  • Kalau nak buat pinjaman modal dari bank, mestilah anda daftarkan perniagaan anda dahulu di SSM
  • Kalau nak daftar, login dan beli dokumen maklumat syarikat melalui MyData SSM secara online disini.

8 Tips Untuk Orang Bisnes Buat Pinjaman Modal Dari Bank. Try Buat, Gerenti Lulus!

2. Buat Akaun Bank

  • Jangan guna akaun simpanan sendiri untuk masukkan wang perniagaan anda.
  • Gunakan akaun semasa perniagaan anda untuk uruskan wang perniagaan dengan lebih baik.

3. Sewa Alamat

  • Belum ada kedai perniagaan sendiri? Jangan risau, sewa alamat perniagaan kerana ia sangat penting untuk membuat pinjaman modal dari bank.
  • Banyak management company yang buat servis sewakan alamat premis. Nak yang murah pun ada yang nak mahal pun ada. Ini sangat penting sebab ini bagi gambaran bisnes kita itu wujud. Orang putih panggil “virtual office”

4. Buat Akaun

  • Buat akaun wang keluar masuk, penyata untung rugi, penyata kedudukan kewangan dan penyata statement syarikat.
  • Jadi, pihak bank dapat lihat berapa jualan anda setahun, berapa untung bersih, apa aset tetap yang anda ada, berapa hutang anda dengan pembekal dan berapa modal yang anda dah keluarkan. Kalau akaun tiada, takkan cakap pakai mulut nak bagi tahu bank?
  • Dokumen ini diminta sebagai bukti anda menjalankan perniagaan sama seperti pekerja awam yang ingin membuat pinjaman dengan bank yang perlu sediakan surat lantikan, slip gaji dan pelbagai dokumen berkaitan.

5. Bayar Cukai

  • Anda juga perlukan borang cukai sebagai bukti anda menjalankan perniagaan.
  • Dari sini bank akan tengok, betulkah laporan akaun anda. Ramai orang dalam laporan akaun, untung ratus ribu. Dalam laporan cukai tiba-tiba untung bersih jadi RM30,000.
  • Bila tak sama yang anda laporkan, bank akan terus reject sebab anda tidak telus melaporkan pendapatan anda. Nanti bila dah bagi pinjam tak mampu bayar semula.

6. Ambil ASB Financing 

  • Tak pernah ada sebarang loan? Apa kata anda buat loan ASB Financing terlebih dahulu untuk membina profil CCRIS dan CTOS.
  • Nama bersih dari sebarang pinjaman belum tentu bagus. Silap-silap bank reject permohonan anda. Tapi sebenarnya, susah nak dapat pinjaman bank jika nama anda tidak ada dalam rekod pinjaman.

7. Masukkan Duit Dalam Akaun Bank

  • Kalau nak ada transaksi bank, tolong rajin masukkan duit dalam akaun bank perniagaan anda!
  • Ini memberikan keyakinan pihak bank kepada anda jika anda membuat permohonan pinjaman modal dari mereka!
  • Kalau anda bisnes tepi jalan, tapi ada disiplin masukkan duit ke dalam bank setiap hari, bisnes anda nampak kacak dimata bank. Tak payah pakai jam harga ribu-ribu. Tunjuk sahaja penyata bank anda, bank dah yakin yang anda memang betul bisnes.

8. Buat Simpanan Tetap

  • Selain itu, sebagai pemilik perniagaan, anda dinasihatkan untukmembuat simpanan tetap di bank.
  • Ini kerana simpanan tetap di bank tiada susut nilai seperti emas yang terdedah kepada naik turun pasaran. Malah, bank juga lebih yakin dengan anda kalau nak buat pinjaman.
  • Anda boleh cagarkan simpanan tetap anda jika perlu.
PERINGATAN! Sila haramkan nama anda untuk dipinjam. Pinjam untuk apa? Pinjam untuk beli motor, kereta atau personal loan walaupun dengan adik beradik ya! Risau nanti hujung-hujung kena blacklist pula.
Bagi pemilik perniagaan berdaftar enterprise yang nak beli kereta baru terutamanya Myvi King Jalanan Malaysia pula, sila ikuti tips ini kalau nak lulus loan ya!
Dah dapat tips ini, try la! Lepas tu jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain ya!

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.