Macam Mana Waris Nak Mohon Baki Pencen Gemulah? Sediakan Dokumen Ini Ya!

231

Tahukah anda bahawa waris boleh membuat permohonan bayaran baki pencen bagi kes bayaran faedah persaraan yang layak diterima oleh ibu, bapa, suami, isteri anda semasa hayatnya?

Kalau nak tahu, waris boleh membuat permohonan baki pencen dan ia mestilah melalui Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN).

Jadi, sediakan beberapa dokumen yang ditetapkan dan jangan risau, waris akan dimaklumkan berkenaan bayaran yang layak dituntut.

PROSES PERMOHONAN BAKI PENCEN GEMULAH

Untuk pengetahuan anda, waris akan dimaklumkan berkenaan bayaran yang layak dituntut bagi membolehkan pembayaran baki pencen dilaksanakan secara teratur.

Kemudian, tindakan susulan juga akan dilaksanakan dengan:

  • Mengeluarkan surat peringatan secara berkala sebanyak tiga (3) kali beserta panggilan telefon kepada waris dan tanggungan gemulah.
  • Jika waris gagal dihubungi, bayaran baki pencen tersebut tidak dapat dilaksanakan atau dibayar dengan teratur dan akan diklasifikasikan sebagai belum selesai.

Apa yang akan berlaku dengan baki pencen tersebut sekiranya tidak dituntut oleh waris?

Jika baki pencen tersebut sekiranya tidak dituntut oleh waris:

  • Ia akan disimpan sebelum dituntut oleh waris dengan menyerahkan dokumen berkaitan.

Waris juga boleh membuat semakan awal baki pencen dengan menghubungi KWAP di talian: 03-8887 8777

Baca juga: Semak Pencen Online Sahaja Guna Apps. Jom Download MyPesara Di Handphone Mak Ayah Sekarang

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan untuk permohonan tuntutan baki pencen gemuluh:

  • Salinan sijil kematian
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan penyata/pengesahan akaun bank

Sebagai waris juga, anda perlu menyediakan dokumen pembuktian yang menunjukkan hubungan antara pesara dan penerima iaitu:

  • Salinan Sijil Pernikahan: Balu atau duda kepada gemulah
  • Salinan Sijil Kelahiran: Anak kepada gemulah
  • Salinan Sijil Kelahiran Pesara: Ibu atau ayah gemulah
  • Surat Probet atau Surat Kuasa Mentadbir: Lain-lain

Bagaimana pula dengan gemulah yang tidak mempunyai waris? Terdapat beberapa dokumen tambahan yang perlu dikemukakan seperti:

  • Surat kuasa
  • Sura mentadbir harta pusaka
  • Perintah pembahagian daripada pentadbir tanah daerah/mahkamah dan mahkamah tinggi
  • Salinan kad pengenalan penama yang diberi kuasa tersebut

CARA MOHON

Muat turun borang permohonan dahulu di pautan berikut:

Macam Mana Waris Nak Mohon Baki Pencen Gemulah? Sediakan Dokumen Ini Ya!

  • Lengkapkan borang permohonan
  • Kemudian kemukakan borang permohonan dan dokumen yang diperlukan  kepada pihak KWAP melalui emel berikut: [email protected]

Baca juga: Bila Tarikh Bayaran Pencen Bagi Tahun 2022? Ini Jadual Bulanan Untuk Rujukan Anda. Jangan Lupa Download!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan tuntutan baki pencen pesara, sila hubungi KWAP disaluran berikut:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.