Tarikh Rayuan BSH 2020 dan Dokumen Yang Perlu Disediakan

0 812

Seperti kita sedia maklum, pembayaran BSH 2020 bagi Fasa ketiga telah mula dikreditkan pada akaun bank yang telah didaftarkan bermula pada 24 Julai 2020. Namun begitu, bagi permohonan yang masih dalam proses, gagal atau tidak lulus, anda tidak perlu risau. Permohonan Rayuan BSH akan dibuka mulai 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Beberapa dokumen juga diperlukan untuk menyokong permohohonan rayuan BSH anda ketika permohonan dilakukan.

Tempoh permohonan rayuan BSH telah dilanjutkan untuk memberi peluang kepada permohon yang masih belum lulus.

TARIKH RAYUAN BSH 2020

Untuk makluman, permohonan Rayuan BSH 2020 boleh dibuat mulai 7 ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Permohonan rayuan ini dibuka untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak berjaya.

Berikut adalah senarai dokumen yang anda perlu sediakan untuk membuat permohonan rayuan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara dokumen yang diperlukan adalah:

  • Salinan Mykad pemohon
  • Salinan Mykad pasangan
  • Penyata Gaji Terkini
  • Surat Status Perkahwinan

Berikut adalah rujukan daripada portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi permohonan Rayuan BSH dan Kod Tidak Lulus BSH serta Dokumen Sokongan yang diperlukan.

PERMOHONAN SECARA ONLINE DAN MANUAL

Permohonan secara atas talian boleh dibuat mulai 7 Ogos 2020 bagi pemohon yang tidak lulus berdasarkan kod tertentu seperti yang telah dinyatakan di atas. Permohonan rayuan boleh dibuat di pautan berikut:

Selain itu, anda juga boleh hadir ke cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berdekatan dengan kawasan anda untuk kemukakan permohonan rayuan BSH bermula 7 Ogos 2020. Sila bawa bersama Kad Pengenalan anda untuk semakan permohonan.

Permohonan rayuan menjadi tanda tanya kepada pemohon baru sama ada mereka layak membuat rayuan atau tidak bagi Rayuan BSH 2020 Fasa Tiga ini.

PERMOHONAN RAYUAN DIBUKA KEPADA PERMOHONAN BARU

Untuk makluman anda, permohonan Rayuan BSH 2020 tidak dibuka kepada pemohon baru. Jadi pemohon baru memang tidak berpeluang untuk membuat permohonan. Hanya pemohon yang berstatus tidak lulus boleh mengemukakan rayuan berdasarkan Kod Tidak Lulus yang telah dinyatakan.

Diingatkan semula tarikh bagi permohonan Rayuan BSH 2020 adalah pada 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH)

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.