Tips Untuk Menghadiri Temuduga Biasiswa

0 1,167

Setiap pelajar pasti tidak mahu untuk menanggung bebanan hutang selepas menjadi graduan. Oleh itu, permohonan mendapatkan biasiswa adalah antara jalan terbaik untuk pelajar bagi mengelakkan menanggung bebanan hutang selepas tamat melanjutkan pelajaran. Seperti kita sedia maklum, persaingan untuk mendapatkan biasiswa amatlah sengit sehingga pihak penaja perlu membuat tapisan untuk memberi biasiswa kepada calon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh mereka.

Setiap calon yang memohon untuk mendapatkan biasiswa perlu menghadiri temuduga untuk mengelakkan daripada mempunyai hutang yang tinggi daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Calon yang layak akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga biasiswa.

PENILAIAN CALON

Kelulusan akademik bukanlah satu-satunya yang dipandang oleh penemuduga tetapi terdapat beberapa aspek yang turut dinilai oleh penemuduga.

Antara aspek yang ditekankan ialah:

  • Penyertaan calon dalam kegiatan kokurikulum
  • Penglibatan calon dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial
  • Disiplin calon
  • Kemahiran komunikasi
  • Pengetahuan am dan asas mengenai isu semasa di dalam dan luar negara

Setelah calon memenuhi kriteria yang ditetapkan, calon akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

TIPS UNTUK MENGHADIRI TEMUDUGA

Persiapan untuk menghadiri temuduga adalah penting dan perlu dipandang serius oleh calon. Persediaan yang rapi diperlukan untuk menghadiri sesi temuduga. Berikut adalah beberapa tips yang berguna bagi calon yang akan menghadiri temuduga biasiswa:

  1. Memakai pakaian yang sesuai dan selesa semasa menghadiri temuduga. Pakaian ada perkara pertama yang dilihat oleh penemu duga. Pakaian juga menunjukkan bahawa calon serius untuk menghadiri temuduga. Pakaian yang dipakai janganlah terlalu menjolok mata, selekeh atau tidak kemas. Ketika menghadiri temuduga elakkan daripada memakai selipar atau sandal sebaliknya pakailah kasut yang bertutup dan berstokin.
  2. Menyusun dokumen-dokumen penting mengikut urutan. Sebagai contoh, surat panggilan temuduga, salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, surat sokongan dan sijil sijil asal calon untuk ditunjukkan kepada penemuduga.
  3. Pastikan calon mengetahui tempat dan masa yang telah ditetapkan untuk ditemuduga. Pastikan calon tidak datang lewat ke tempat temuduga supaya dapat memenangkan diri dan tidak berasa cemas.

TIPS KETIKA DI LUAR BILIK TEMUDUGA

  1. Cuba hilangkan semua perasaan gentar dan cuba kawal emosi anda.
  2. Pastikan calon mengetuk pintu bilik sebelum masuk.
  3. Tunggu arahan dari dalam sehingga dibenarkan masuk
  4. Pastikan anda senyum ketika melihat penemuduga di dalam bilik.

TIPS KETIKA DI DALAM BILIK PENEMUDUGA

  1. Elakkan daripada terus duduk di kerusi yang disediakan untuk calon. Tunggu sehingga arahan diberikan kepada calon.
  2. Setelah dibenarkan duduk beri salam kepada penemuduga jika penemuduga adalah muslim dan ucap selamat jika penemuduga bukan muslim
  3. Duduk dengan tegak di hadapan penemuduga untuk menunjukkan keyakinan anda.
  4. Elakkan dari mengubah atau mengalih kerusi yang telah disediakan untuk anda.
  5. Ketika sesi temuduga berlangsung pastikan calon memandang ke arah muka penemuduga (eye contact).
  6. Perkenalkan diri calon dan jawab soalan yang ditanya dengan tenang, terperinci dan berkeyakinan di hadapan penemu duga.
  7. Setelah selesai temuduga, calon dinasihatkan untuk mengucapkan terima kasih atas peluang yang menghadiri temu duga kepada panel temuduga.

ELAKKAN MELAKUKAN PERKARA INI DI DALAM BILIK TEMUDUGA

  1. Jangan duduk bersilang, menggoyang-goyangkan kaki dan sentiasa bergerak.
  2. Elakkan untuk mengcampur bahasa ketika menjawab soalan.
  3. Merasakan diri calon hebat, ego dan bermegah-megahan.
  4. Mencuba untuk merasuah penemuduga.
  5. Cuba mempersoalkan tindakan panel penemuduga.

PUNCA ANDA GAGAL TEMUDUGA

Terdapat sesetengah calon yang gagal temuduga biasiswa walaupun mereka yakin bahawa calon mampu untuk lulus temuduga.

Berikut adalah punca-punca yang dilakukan oleh calon sehingga menyebabkan mereka gagal untuk mendapatkan biasiswa

  1. Calon kurang mengutarakan pendapat ketika sesi perbincangan antara calon diadakan semasa temuduga.
  2. Calon tidak menonjolkan diri dan bersikap pasif dan hanya mendengar idea-idea yang diberikan oleh orang lain
  3. Calon tidak peka dengan isu-isu semasa dan gagal menjawab soalan panel penemuduga
  4. Calon tidak yakin untuk menggunakan Bahasa Inggeris dan tergagap-gagap ketika menjawab soalan.
  5. Melakukan kesilapan ketika mengisi borang permohonan dan dianggap menipu oleh panel penemuduga.

Ketika menghadiri temuduga haruslah diingatkan bahawa setiap temuduga yang dihadiri akan memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan biasiswa dan elakkan daripada terlalu yakin diri. Kerana ianya mampu menjejaskan permohonan calon. Calon perlulah sentiasa peka dan memastikan agar hal-hal yang remeh tidak menjejaskan keputusan biasiswa anda.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.