Tawaran ke Akademi Vokasional McDonalds Ditangung Sepenuhnya Oleh McDonalds.

0 867

McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Mod Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) kepada pelajar lepasan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) yang berminat dalam bidang perkhidmatan makanan.

Kerjasama dengan McDonald’s Malaysia merupakan inisiatif positif ke arah menyediakan akses kepada pendidikan alternatif untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang lebih luas kepada pelajar berusia 15 tahun ke atas.

Individu yang berminat boleh hadir ke temuduga terbuka kerana sebanyak 1,000 kekosongan yang dibuka untuk permohonan.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tawaran Akademi Vokasional McDonald’s.

TEMPOH TEMUDUGA

Tempoh temuduga dibuka selama selama 3 hari iaitu daripada 17 hingga 19 Ogos 2020. Temuduga ini dijadualkan pada jam 10 pagi hingga 5 petang.

Kursus Latihan Ditawarkan

Berikut adalah kursus dan latihan yang ditawarkan:

  • SKM Penyediaan dan Perkhidmatan Makanan Segera
  • SKM Penyeliaan perkhidmatan Barista

PELAKSAAN LATIHAN

Program perantis Vokasional McDonald’s merupakan program:

  • Latihan berteraskan industri selama 18 bulan.
  • Menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan
  • 30 peratus kelas teori di bilik darjah.

Setelah tamat program, dengan SKM Tahap Tiga (3) yang diperoleh, mereka layak mengembangkan lagi kerjaya mereka di McDonald’s atau dalam industri perkhidmatan makanan di negara ini atau menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.

SYARAT KELAYAKAN

Semak syarat kelayakan sebelum membuat permohonan:

  • Berumur 17 tahun dan keatas.
  • Mempunyai kelayakan akademik PMR/SPM atau setaraf.
  • Berminat untuk mendalami bidang Perkhidmatan Makanan.
  • Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
  • Boleh Membaca, Menulis serta Mengira.
  • Sihat Tubuh Badan dan lulus pemeriksaan kesihatan.
  • Boleh bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
  • Mendapat kebenaran ibu / bapa / penjaga.

MANFAAT PROGRAM & LATIHAN

Peserta yang berjaya ke Akademi Vokasional McDOnald’s akan menerima beberapa manfaat seperti

  • Kos pembelajaran RM26,000 ditanggung oleh syarikat.
  • Elaun RM1,200 sebulan.
  • Pengiktirafan kerajaan SKM 3
  • Kursus latihan disediakan.
  • Manakan percuma.
  • Perlindungan insuran.
  • Faedah perubatan.
  • Asrama disediakan.
  • Memenuhi potensi diri peserta.
  • Dapat membina kerjaya dalam industri makanan.
  • Mempelajari selok belok dalam pentadbiran.

LOKASI TEMUDUGA

Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan, anda boleh menghadirkan diri pada lokasi-lokasi berikut pada 17 hingga 19 Ogos 2020 jam 10 pagi hingga 5 petang.

  • Ibu Pejabat McDonald’s, Malaysia.
  • McDonald’s Kota Bharu DT
  • McDonald’s Kuala Terengganu DT
  • McDonald’s KK1, Api-Api
  • McDonald’s Seremban 2 DT
  • McDonald’s Permas Jaya DT
  • McDonald’s Birch House DT
  • McDonald’s Meru Raya DT

Untuk makluman anda, lokasi latihan adalah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Penang, Melaka, Perak dan Negeri Sembilan.

Sekiranya anda berminat dan ingin mengetahui maklumat dengan lebih lanjut mengenai Akademi Vokasional McDonald’s, andaboleh terus menghubungi di talian 014 315 7116 atau boleh terus ke laman web Kerjaya di McDonald’s.

Leave A Reply

Your email address will not be published.