[Alert] Maybank Ingatkan Pengguna Untuk Tidak Klik “Link” SMS Yang Diterima

0 609

Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, banyak pihak yang tidak bertangungjawab melakukan sindiket penipuan secara atas talian. Terdapat pelbagai taktik yang digunakan oleh sindikit yang tidak bertanggungjawab ini. Antaranya mereka menghantar pesanan ringkas dan membuat panggilan telefon mengenai saman atau hutang yang tidak dijelaskan.

Individu yang tidak bersalah dan tidak mengikuti perkembangan semasa yang kebanyakkannya terdiri daripada warga emas yang tidak tahu akan kewujudan sindiket seperti ini. Mereka cenderung memberikan maklumat peribadi kepada ‘scammer’ ini dan terpaksa menanggung kerugian besar.

MAYBANK BERI PERINGATAN

[Alert] Maybank Ingatkan Pengguna Untuk Tidak Klik "Link" SMS Yang Diterima

Baru-baru ini, pihak Maybank menerusi laman Facebook rasmi mereka menasihatkan orang ramai supaya tidak ditipu oleh sindikit online yang menyamar sebagai pihak Maybank. Maybank mengingatkan orang ramai agar tidak membuka link atau pautan yang telah dihantar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) seperti gambar di atas sekiranya SMS tersebut mendakwa mereka adalah dari pihak Maybank.

Pihak Maybank menekankan bahawa tiada pautan atau link yang dihantar melalui SMS kepada pelanggan mereka. Pengguna dan pelanggan Maybank hanya boleh log in melalui laman www.maybank2u.com.my sahaja.

Orang ramai dinasihati agar sentiasa berwaspada terhadap cara bagaimana penipuan ini beroperasi bagi mengelakkan daripada anda menjadi mangsa oleh sindiket penipuan seterusnya.

Akhir sekali, anda diingatkan supaya tidak mendedahkan maklumat atau butiran akaun bank kepada orang lain kerana maklumat sebegini adalah informasi sulit dan perlu dirahsiakan setiap masa.

Leave A Reply

Your email address will not be published.