Calon Temuduga Lelaki Ini Kasut Yang Perlu Anda Pakai Ketika Menghadiri Temuduga

0 1,393

Adakah anda mengetahui kegagalan memakai kasut yang sesuai semasa menghadiri temuduga mampu untuk menggagalkan anda mendapatkan pekerjaan yang ada inginkan. Hal ini disebabkan oleh cara penampilan seseorang dalam sesuatu temuduga akan menjadi penilaian terbesar dan pertama penemuduga.

Kasut juga memberi kesan yang besar terhadap penampilan anda untuk menghadiri interview.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui tentang kasut yang sesuai dipakai oleh calon lelaki yang akan menghadiri interview.

KASUT YANG SESUAI DIPAKAI OLEH CALON LELAKI UNTUK TEMUDUGA

Berikut adalah kasut yang sesuai dipakai oleh calon lelaki yang sesuai dipakai untuk menghadiri temuduga:

1. Oxford/Balmoral

Kasut ini mudah dicari dan sesuai untuk gaya formal sama ada ke pejabat, interview dan majlis rasmi. Kasut menggunakan material  daripada jenis kulit dan potongan bagi kasut ini berada di bawah buku lali dan tumit yang rendah. Ia sesuai dipadankan dengan seluar slack, kemeja atau t-shirt berkolar.

Calon Temuduga Lelaki Ini Kasut Yang Perlu Anda Pakai Ketika Menghadiri Temuduga

2. Derby

Kelainan bagi kasut jenis Derby ini adalah pada tali kasut yang lebih jarak dan mempunyai lapisan atas yang lebih lebar dan selesa. Kasut ini sesuai digayakan untuk ke majlis formal dan semi kasual.

Calon Temuduga Lelaki Ini Kasut Yang Perlu Anda Pakai Ketika Menghadiri Temuduga

3. Monk Straps

Lelaki yang memakai kasut ini akan nampak lebih bergaya dan menampak aura klasik. Kasut ini lebih senang dipakai dan ditanggalkan pada bila-bila masa sahaja.

Calon Temuduga Lelaki Ini Kasut Yang Perlu Anda Pakai Ketika Menghadiri Temuduga

4. Loafers

Kasut jenis ini sesuai dipakai untuk menghadiri majlis kerana gayanya yang kasual. Namun begitu, ianya masih sesuai dipakai untuk menghadiri interview yang kasual.

 Calon Temuduga Lelaki Ini Kasut Yang Perlu Anda Pakai Ketika Menghadiri Temuduga

5. Bluchers

Kasut jenis ini sesuai dipakai kerana bentuknya lebih bulat dan berlekuk. Kasut jenis ini akan menambahkan gaya formal unutk kelihatan lebih eksklusif.

Calon Temuduga Lelaki Ini Kasut Yang Perlu Anda Pakai Ketika Menghadiri Temuduga

Apa sahaja jenis kasut yang dipakai hendaklah kelihatan bersih dan terjaga. Selain itu, pastikan juga anda mengenakan stokin sebelum memakai kasut supaya nampak lebih kemas  dan menambahkan keyakinan anda untuk menghadiri temuduga.

Ketahui juga tips pakaian bagi wanita yang ingin menghadiri interview DI SINI

Selamat Maju Jaya!

 

 

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.