Cara Membuat Permohonan Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120 GB Dari YTL

0 732

Berita baik buat pelajar sekolah yang ingin belajar di rumah tetapi tidak mempunyai peranti mudah alih. Yayasan YTL dengan kerjasama YES dan FrogAsia menawarkan telefon pintar percuma kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih untuk sesi pembelajaran di rumah.

Ibu bapa boleh mengemukakan permohonan Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120GB Untuk Pelajar Sekolah B40 (YTL)

Ikuti perkongsian ini untuk menyemak syarat kelayakan dan cara permohon dilakukan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan telefon pintar percuma ini:

  •  Ibu bapa mesti penerima Bantuan Sara Hidup tahun 2020.
  • Mempunyai anak Sekolah Kerajaan.
  • 1 keluarga layak menerima satu set telefon pintar percuma sahaja.

CARA MENCALONKAN KELAYAKAN YTL

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipastikan pelajar adalah daripada golongan B40:

  • Dapatkan persetujuan ibu bapa pelajar yang anda pilih dan kumpulkan maklumat berikut:
  • Dapatkan persetujuan ibu bapa pelajar yang anda pilih dan kumpulkan maklumat berikut:
    Nombor MyKid / MyKad Pelajar.
    Nombor MyKad ibu bapa.
    Status ibu bapa B40 dari portal Bantuan Kerajaan Prihatin Nasional (BPN).
  • Untuk mendapatkan status B40 ibu bapa pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor MyKad Ibu Bapa, kemudian klik ‘Semak’
  • Pastikan pelajar berasal dari keluarga B40 dengan memeriksa bahawa status Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibu bapa adalah LULUS dan jumlah yang dinyatakan adalah RM1,600. Ambil tangkapan skrin sebagai bukti. (Lihat contoh di bawah)

Cara Membuat Permohonan Telefon Pintar Percuma Dengan Data 120 GB Dari YTL

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara untuk membuat permohonan telefon pintar percuma:

  1. Sekiranya calon telah memenuhi syarat kelayakan daripada YTL anda boleh kemukakan permohonan .
  2. Pergi ke Borang Pencalonan
  3. Lengkapkan segala maklumat yang diminta.
  4. Sekiranya sah, ibu bapa akan menerima notifications emel untuk melengkapkan proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.
  5. Penghantaran telefon bimbit percuma dengan data 120GB kepada pelajar yang dinamakan.
  6. Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibu bapa akan menerima emel berkenaan penghantaran.

Sekiranya ibu bapa ingin mengetahui dengan lebih lanjut, ibu bapa boleh melayari laman sesawang  YTL Foundation atau boleh menghubungi nombor di talian 03 2038 0888.

Semoga Bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.