Cermin Kereta Pecah Terkena Batu Dari Mesin Pemotong Rumput. Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan

0 929

Adakah anda pernah mengalami situasi di mana cermin kereta anda pecah atau retak akibat terkena serpihan kerja potong rumput? Apakah yang perlu anda lakukan jika berhadapan dengan situasi ini?

Walaupun kerja sebagai pemotong rumput adalah kerja biasa dan tidak mendapat gaji yang tinggi tetapi ianya memberi kesan dan kebaikan yang kepada orang lain dan telah mencantikkan persekitaran negara kita.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda menghadapi situasi ini.

APA PERLU ANDA LAKUKAN

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu ada lakukan:

1. Ambil Gambar Kereta Anda

Anda tidak perlu panik. Turun atau keluar dari kereta anda, seterusnya ambil gambar kereta anda dari pelbagai sudut yang menampakkan cermin kereta anda yang pecah.

Anda juga perlu mengambil gambar gambar pemotong rumput untuk simpanan bukti anda.

2. Berjumpa dengan Pemotong Mesin Rumput

Pastikan anda kekal tenang dan jangan marah. Setelah kejadian itu berlaku, anda perlu berjumpa dengan pemotong rumput untuk mendapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor pemotong yang membuat kerja mesin rumput itu.

3. Syarikat Pemotong Rumput

Untuk makluman anda, setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans. Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin memasuki tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Pihak syarikat hendaklah mengemukakan “Cover Note” insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.

4. Buat Laporan Polis

Setelah mendapatkan nama pekerja dan syarikat yang menjalankan kerja pemotongan, anda perlulah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam.

Pastikan laporan polis tersebut menyatakan nama pemotong rumput (seperti dalam Kad Pengenalan), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian,serta nama jalan dan juga kawasan di mana kejadian berlaku.

5. Buat Semakan Syarikat

Selepas selesai membuat laporan polis, anda perlulah membawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat yang menjalan potong rumput untuk membuat tuntutan mendpatkan cermin baru.

Sekiranya anda menghadapi situasi ini pastikan anda mengurus dan menyelesaikannya dengan tenang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda sekiranya anda berhadapat dengan situasi ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.