Anda Di Anggap Tak Matang Kalau Bawa Dokumen Ini Ketika Temuduga. Apa Dokumen Itu?

1,264

Kalau anda nak tahu, tidak semua dokumen atau sijil-sijil yang ada pada anda perlu dibawa semasa temuduga.

Jika anda bawa juga dokumen-dokumen tersebut semasa temuduga, penemuduga akan menganggap anda adalah seorang yang tidak matang.

Kalau tidak matang, macam mana anda akan diambil bekerja? Oleh itu, buat semakan apakah dokumen yang tidak perlu dibawa semasa temuduga nanti seperti yang dikongsikan disini.

5 DOKUMEN YANG TIDAK PERLU DIBAWA

Terdapat 5 jenis dokumen yang tidak perlu dibawa semasa interview nanti iaitu:

Sijil Penyertaan

  • Jangan bawa sijil penyertaan anda dalam apa jua penglibatan dari sekolah, kolej atau universiti semasa interview nanti.
  • Sijil penyertaan ini tidak penting dan tidak dipandang oleh penemuduga pun!

Sijil AJK Kelab Persatuan

  • Mungkin anda sangat aktif berpersatuan termasuk persatuan atau kelab kampung anda.
  • Tetapi sekiranya tidak penting, tidak perlu anda kemukakan kepada penemuduga kerana anda boleh ceritakan sahaja kepada penemuduga penglibatan anda dalam kelab atau persatuan sekiranya mempunyai kaitan dengan bidang jawatan yang anda pohon.

Keputusan UPSR & PT3

  • Jika syarikat atau SPA meminta anda untuk membawa sijil SPM dan ke atas, jangan bawa sijil lain seperti sijil tadika, UPSR dan PT3.
  • Ini kerana, penemuduga tidak akan melihat sijil-sijil ini dan memberikan markah yang tinggi kepada anda.

Sijil-Sijil Sekolah

  • Walaupun anda menang nombor 1 semasa pertandingan cerita semasa sekolah rendah, penemuduga tidak memandang perkara ini kerana sijil-sijil semasa universiti atau semasa anda bekerja di syarikat yang terdahulu lebih menarik perhatian penemuduga.
  • Jadi, tak perlu bawa sijil-sijil sekolah yang tidak diperlukan semasa interview nanti ya! Buang masa penemuduga je.

Keputusan Setiap Semester

  • Terlampau nak tunjuk kepada penemuduga yang anda ini penerima Dean’s List sampai bawa slip keputusan setiap semester.
  • Kalau nak tunjuk juga, bawa sahaja transkrip keputusan kerana penemudga tahu adakah anda penerima Anugerah Dekan atau tidak berdasarkan keputusan anda.

Jadi, bahagikan kepada dua fail iaitu fail untuk temuduga dan satu lagi fail untuk dokumen-dokumen pendidikan anda yang tidak berkaitan.

8 SKILL YANG PENTING KEPADA PENCARI KERJA MASA KINI

Terdapat 8 skill yang sangat penting ada dalam diri pencari kerja pada masa kini dan ia menjadi skill utama yang dicari oleh majikan iaitu:

  1. Decision-making
  2. Time management
  3. Problem-solving
  4. Communication
  5. Critical thinking
  6. Resilience
  7. Adaptability
  8. Creativity

Adakah anda mempunyai salah satu daripada 8 skill yang diinginkan oleh majikan pada masa kini?

Kalau ada, anda sangat bertuah kerana majikan sangat memerlukan pekerja yang mempunyai salah satu daripada 8 skill ini untuk berjaya bersama-sama dalam syarikat tersebut.

Anda juga boleh dapatkan tips-tips berkaitan kemahiran ketika memohon pekerjaan seperti berikut:

Selepas ini, boleh anda asingkan sijil-sijil yang tidak penting dan tidak diperlukan ketika interview.

Jadilah calon yang profesional dan jangan buang masa penemuduga anda nanti ya!

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.