Cara Mohon Masuk Ke Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA Sesi Januari 2022, Yuran & Penginapan Percuma!

204

Para belia di Malaysia yang merupakan lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) dipelawa untuk memohon kemasukan Ke Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA Sesi Januari 2022.

Kemasukan ke Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA Sesi Januari 2022 sangat menguntungkan kerana segala yuran pengajian dan penginapan adalah secara percuma.

Jika berminat, anda boleh dapatkan cara membuat permohonan disini sekiranya menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Belia yang berminat digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup pada:

  • 17 Disember 2021

Baca juga: Cara Mohon Pembiayaan Perniagaan Kepada Orang Kelainan Upaya (Skim OKU) MARA Sehingga RM50,000. Ini Syaratnya

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Antara syarat yang ditetapkan untuk permohonan ialah:

  • Pemohon mestilah bujang
  • Hanya untuk pemohon lelaki sahaja
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 20 hingga 29 tahun sahaja
  • Merupakan lepasan Institusi Pendidikan MARA (IPMa)

BIDANG-BIDANG DIPERLUKAN

Bidang-bidang yang diperlukan untuk memohon kemasukan ke Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA Sesi Januari 2022 ialah:

  • Automotif (Servis)
  • Aircond
  • Bangunan
  • Mesin/Pembuatan
  • Scaffolding

Sekiranya diterima, anda akan berada dalam sesi pembelajaran bagi:

  • Januari 2022 hingga Mac 2022 iaitu selama 2 bulan

KEMUDAHAN DISEDIAKAN

Anda juga akan menerima beberapa kemudahan seperti berikut:

  • Elaun bulanan
  • Yuran pengajian ditanggung MARA
  • Penginapan juga adalah secara percuma!
  • Peluang Latihan Industri di Jepun

CARA MOHON

Anda boleh membuat permohonan secara online melalui pautan berikut:

Cara Mohon Masuk Ke Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA Sesi Januari 2022, Yuran & Penginapan Percuma!

Baca juga: Cara Mohon Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA) MARA Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai kemasukan ke Pusat Bahasa Jepun MARA-OISCA Sesi Januari 2022 sila ajukan ke saluran berikut:

  • 03-87249344
  • 011-1330 7312

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.