Jangan Guna 5 Perkataan Ini Kalau Tak Nak Gagal Dalam Interview

2,212

Apabila seseorang calon teruja dengan interview yang dilalui, kadangkala tanpa sedar terkeluar beberapa perkataan yang sebenarnya tidak sesuai untuk anda gunakan.

Oleh itu, berhati-hati jika anda ingin menjawab soalan yang diberikan oleh penemuduga agar anda tidak dipandang negatif oleh penemuduga.

Jadi, bolehkah tahu apakah 5 perkataan yang tidak sesuai disebut ketika menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh penemuduga nanti?

TIPS BEKERJA DI LUAR BIDANG

Bagi anda di luar sana yang mendapat pekerjaan di luar bidang, boleh amalkan tips yang dikongsikan disini.

Apa pun, jangan risau dan jangan banyak mengeluh. Sebaliknya bekerja dengan bersungguh dan kutip segala pengalaman dan ilmu yang ada. Ingat! Pengalaman dan kemahiran yang ada sangat diperlukan oleh majikan pada masa kini.

Tips yang anda boleh amalkan ialah:

1. Buat Research

  • Ada banyak pekerjaan yang sebenarnya terima graduan daripada pelbagai bidang. Jadi, rajin-rajin buat research mengenai pekerjaan tersebut agar anda boleh bekerja dengan selesa.
  • Kemudian, rajin-rajin bertanya dengan senior di tempat kerja sekiranya diterima kerja. Ia akan memudahkan anda untuk bekerja seterusnya membuatkan anda selesa ketika bekerja nanti.

2. Sesuaikan Format Resume

  • Hasilkan resume yang menonjolkan skill dan pengalaman dengan jelas.
  • Ini kerana ada HR atau bakal majikan yang melihat kemahiran dan pengalaman masing-masing berbanding bidang pengajian anda.

3. Tingkatkan Softskill

  • Seperti yang dinyatakan tadi, tidak semua majikan mahukan pekerja yang mempunyai bidang yang sama dengan pekerjaan yang ditawarkan.
  • Sebaliknya ada majikan yang mahukan pekerja yang mempunyai kemahiran softskill yang mereka perlukan.
  • Tidak semua calon yang pandai dalam bidang tersebut boleh melakukan  sesuatu pekerjaan secara praktikal.

4. Jangan Menipu

  • Jangan sesekali menipu bahawa anda berada dalam bidang tersebut kerana HR atau bakal majikan akan meminta sijil untuk membuat semakan.
  • Ceritakan hal yang sebenar kepada majikan dan ulang semula point nombor 2 dan 3.
  • Ia adalah satu bonus sekiranya anda mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh majikan untuk menjawat jawatan tersebut.

Baca juga: Anda Orang Sarawak? Ini Cara Mohon Kerja Secara Online Melalui eRecruitment Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

5 PERKATAAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNA KETIKA INTERVIEW

Bagi calon yang ingin lulus dengan baik semasa interview nanti, elakkan daripada menggunakan salah satu daripada 5 perkataan ini iaitu:

1. Taksub/Obsesif

  • Kalau anda nak tahu, perkataan taksub/obsesif ini merupakan satu perkataan yang menunjukkan maksud yang negatif walaupun untuk menunjukkan bahawa anda seorang yang sangat bersemangat dalam pekerjaaan.

Gantikan dengan:

  • Sebaliknya gantikan dengan perkataan seperti fokus, suka bekerja, berdedikasi dan sangat berkomitmen dalam pekerjaan.

Ia bertujuan agar penemuduga tidak salah faham dengan jawapan yang anda berikan serta tidak merasa pelik dengan anda. Risau jugak nanti majikan ragu-ragu pula dengan anda!

2. Disenangi/Likeable 

  • Perkataan ini akan menunjukkan bahawa seolah-olah anda sebenarnya tidak boleh bekerja dengan orang lain. Jadi, elakkan daripada menyebut perkataan ini tanpa kenyataan untuk menyokong perkataan disenangi.
  • Kadangkala bakal majikan menganggap anda seperti memuji diri sendiri pula.

Gantikan dengan:

  • Sebaliknya gantikan dengan perkataan seperti bekerjasama, satu kumpulan dan bersemangat. Atau anda juga boleh menyatakan bahawa anda seronok berkerja dengan rakan-rakan sekerja sehingga semua projek yang diberikan mempunyai keputusan yang sangat cemerlang.

3. Berjaya

  • Jangan asyik-asyik sebut anda seorang yang berjaya dalam keputusan, dalam projek dan sebagainya.
  • Elakkan daripada menggunakan perkataan berjaya sekiranya diminta untuk menceritakan tentang pengalaman bekerja anda.
  • Risau nanti skill yang ditunjukkan tidak sama seperti yang anda ceritakan pula.

Gantikan dengan:

  • Ceritakan sahaja kemahiran dan pengalaman terbaik daripada anda dan rakan-rakan sekerja sehingga projek yang diberikan mencapai kehendak majikan.
  • Fokus sahaja kepada kemahiran dan pengalaman anda kerana perkara ini sangat-sangat menarik perhatian majikan untuk mengambil anda menjawat jawatan tersebut.

4. Sangat Bijak/Intelligent

  • Tak perlu nyatakan bahawa anda seorang yang sangat bijak berbanding orang lain ketika bekerja.
  • Macam anda seorang pula yang tahu buat semua kerja dan menunjukkan bahawa anda hanya mahu bekerja seorang diri sahaja.

Gantikan dengan:

  • Sebaliknya nyatakan bahawa anda seorang yang cepat belajar sesuatu ilmu yang baharu, suka berfikir diluar kotak, suka perkara yang logik, bertukar pendapat dengan rakan-rakan yang lain dan suka mencari ilmu yang baharu.

5. Rendah Hati/Humble

  • Tak perlu memuji diri sendiri seorang yang merendah diri kerana ia ibarat anda angkut bakul sendiri pula.
  • Elakkan daripada menggunakan perkataan ini jika ingin menggambarkan diri anda ya!

Gantikan dengan:

  • Cakap sahaja apa yang anda lakukan, kesannya dan feedback yang anda dapati sepanjang anda selesaikan projek yang diberikan oleh majikan.
  • Biar penemuduga sendiri menilai siapa diri anda.
  • Yang penting disini, tonjolkan kemahiran dan pengalaman anda!

Dah tahu dah kan 5 perkataan yang dilarang anda menyebutnya semasa temuduga nanti?

Jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain tau!

Jangan Guna 5 Perkataan Ini Kalau Tak Nak Gagal Dalam Interview

 

Baca juga: Buat 5 Cara Ini Kalau Terlepas Interview Kerana Kenderaan Rosak Ditengah Jalan

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.