Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ MATRADE. Lebih 2500 Kekosongan Jawatan Ditawarkan

5,719

Adakah anda lepasan sekolah, graduan dan masih lagi menganggur kerana belum menemui kerja idaman?

Ikuti Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ MATRADE yang merupakan anjuran bersama PERKESO dan MATRADE. Malah, lebih 2,500 jawatan kosong menanti anda.

Klik pra-pendaftaran, daftar dan ikuti Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ MATRADE pada tarikh yang telah ditetapkan nanti.

INFO RINGKAS KARNIVAL [email protected]

Tak nak ketinggalan ikuti Karnival Kerjaya @ MATRADE? Dapatkan info penting mengenai Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ MATRADE disini:

  • Tarikh: 18 – 19 Disember 2021
  • Masa: 10:00 Pagi – 4:00 Petang
  • Tempat: Tingkat 1, Dewan MATRADE, Menara MATRADE

KAEDAH TEMUDUGA

Kaedah temuduga yang akan dijalankan adalah:

  • Secara bersemuka

JUMLAH JAWATAN KOSONG

Terdapat lebih 2,500 jawatan kosong menanti anda dengan pelbagai majikan yang menyertai Karnival Kerjaya @ MATRADE kali ini.

CARA DAFTAR

Pastikan anda membuat pendaftaran untuk temuduga dipautan berikut:

Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ MATRADE. Lebih 2500 Kekosongan Jawatan Ditawarkan

  • Kemudian lengkapkan borang permohonan yang dipaparkan.

Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ MATRADE. Lebih 2500 Kekosongan Jawatan Ditawarkan

  • Akhir sekali klik Register untuk menghantar permohonan anda.

Kemudian anda boleh membuat permohonan Elaun Memohon Pekerjaan (EMP). Anda akan menerima elaun sebanyak RM300 hingga RM600 apabila mengikuti temuduga.

Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ MATRADE. Lebih 2500 Kekosongan Jawatan Ditawarkan

PERSIAPAN TEMUDUGA

Apabila anda tersenarai dalam temuduga di Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ MATRADE nanti, pastikan anda membuat persiapan seperti berikut:

  1. Menyediakan pakaian temuduga yang bersesuaian
  2. Menyediakan resume yang terkini dan lengkap dengan maklumat yang diperlukan
  3. Gambar berukuran pasport terkini
  4. Salinan sijil-sijil akademik dan kemahiran yang diperakui
  5. Sijil-sijil asal dalam satu fail

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Karnival Kerjaya MYFutureJobs @ MATRADE sila dapatkan di:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.