Skim Saraan Bercagar (SSB) Cagamas Bhd, Cagar Rumah & Dapat Pendapatan Bulanan Sepanjang Hayat

410

Kakitangan kerajaan atau penjawat awam yang telah bersara sudah pastinya menerima pencen dan ianya dibayar secara tetap setiap bulan.

Bagi mereka yang bekerja dengan swasta pula, mungkin ada alternatif yang lain dan CAGAMAS Bhd telah memperkenalkan Skim Saraan Bercagar (SSB) yang membantu warga emas menyara persaraan masing-masing.

Bagaimana pesara ini akan memperolehi pendapatan bulanan secara tetap sepanjang hayat melalui Skim Saraan Bercagar (SSB) CAGAMAS Bhd?

TEMPOH PERMOHONAN SKIM SARAAN BERCAGAR (SSB)

Pesara yang berminat untuk mendapatkan pendapatan bulanan secara tetap sepanjang hayat dan boleh membuat permohonan pada:

  • Pertengahan Januari 2022

TUJUAN SKIM SARAAN BERCAGAR (SSB)

Tujuan utama pelancaran SSB adalah usaha Cagamas untuk:

  • Menangani jurang sedia ada di dalam pasaran berikutan keperluan warga emas yang terkesan situasi kekurangan simpanan dan sumber pendapatan di umur persaraan.

Skim Saraan Bercagar (SSB) boleh menjadi satu produk kewangan alternatif yang berdaya saing bagi mencairkan nilai aset tersimpan seperti rumah dan menjadikannya kepada suatu aliran tunai bulanan tetap.

GOLONGAN SASARAN

Skim Saraan Bercagar (SSB) CAGAMAS Bhd disasarkan kepada:

  • Pesara berumur 55 tahun dan ke atas
  • Pemilik rumah

CARA DAPATKAN SKIM SARAAN BERCAGAR (SSB)

Bagi pesara yang ingin dapatkan pendapatan bulanan secara tetap sepanjang hayat melalui Skim Saraan Bercagar (SSB) CAGAMAS Bhd seperti berikut:

  • Pemilik rumah yang layak boleh mencagarkan rumah kediaman mereka bagi mendapat pendapatan bulanan secara tetap sepanjang hayat, yang mana ia tidak mempunyai tempoh matang.

Contoh: Sekiranya rumah kediaman dimiliki secara persendirian atau bersama, pendapatan tetap secara bulanan akan terus dibayar kepada mereka sehingga akhir tempoh hayat pemilik yang terkemudian.

Apa yang penting, pemilik masih boleh terus tinggal di kediaman tersebut.

APA TERJADI JIKA BERLAKU KEMATIAN?

Jika berlaku kematian:

  • Cagamas akan menjual rumah yang dicagarkan untuk melunaskan jumlah kumulatif pinjaman yang telah diambil pemilik berkenaan.
  • Sekiranya terdapat sebarang lebihan dari penjualan, Cagamas akan memulangkan lebihan hasil jualan kepada pewaris layak.
  • Sebaliknya, jika hasil penjualan kurang daripada jumlah kumulatif pinjaman yang telah diambil, ia akan ditanggung sepenuhnya oleh Cagamas Sdn Bhd

Skim Saraan Bercagar (SSB)

Nampaknya pesara yang berumur 55 tahun dan ke atas yang tiada pendapatan tetap bulanan boleh memohon Skim Saraan Bercagar sekiranya benar-benar memerlukan.

Bagi anda yang ingin mempunyai rumah sendiri melalui Projek Perumahan Rakyat boleh semak kelayakan disini seterusnya membuat permohonan jika layak.

Jadual bayaran pencen bagi Tahun 2022 juga telah dikeluarkan ya! Download sahaja jadualnya disini.

 

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.