3 Jawapan Selamat Untuk Jawab Soalan Temuduga “Kenapa Berhenti Kerja Di Tempat Lama?”

455

Kalau anda mempunyai pengalaman bekerja di tempat lama sebelum ini dan telah berhenti, pastinya penemuduga ingin tahu mengapa anda berhenti kerja di tempat lama.

Apa pula nak dijawab dengan soalan yang diajukan ini? Kadang kala risau nanti jawapan yang diberikan boleh buat calon gagal dalam temuduga.

Tak perlu fikir banyak-banyak jawapan! Guna je salah satu daripada 3 jawapan yang dikongsikan ini.

TIPS MENJADI SEORANG YANG POSITIF

Bila kita bekerja, pastinya anda ingin menjadi seorang pekerja yang berfikiran positif kan?!

Jadi, dapatkan 4 tips untuk menjadi seorang pekerja yang positif seperti yang dikongsikan ini.

Realistik

  • Jadi seorang yang optimis dan sentiasa bahagia dengan kehidupan anda.
  • Jangan berfikir sesuatu yang rumit dan jadikan hidup anda lebih mudah berbanding orang lain.

Sentiasa berfikiran positif

  • Ada masalah? Jangan pening-pening berfikir. Sebaliknya dapatkan jalan penyelesaian dan setelkan dengan baik.
  • Semua masalah punyai jalan penyelesaiannya!

Senyum selalu!

  • Apa yang berlaku, senyum selalu ya! Jangan sesekali tunjukkan muka tak puas hati apabila berlaku perkara yang anda tidak suka.
  • Bila tersenyum, anda pun sihat, darah pun tak naik.

Postur tubuh yang positif

  • Bagaimanakah postur tubuh yang positif?
  • Berdiri dengan tegak, jangan membongkok, dagu biar terangkat sikit dan jangan menunduk.
  • Apabila berjalan pula, jangan jalan seret. Mengapa? Sebabnya ia akan menampakkan kemalasan pada diri anda.

CARA NAK JAWAB SOALAN “KENAPA BERHENTI KERJA LAMA?”

Apakah alasan yang sesuai untuk diberikan kepada penemuduga apabila mendapat soalan “Kenapa berhenti kerja lama?”

Terdapat 3 jenis jawapan yang boleh anda berikan ketika disoal dengan soalan “Kenapa berhenti kerja lama?”.

Jawapan yang anda boleh berikan dan selamat ialah:

1. Pengalaman

  • Beritahu kepada penemuduga bahawa anda berhenti kerja untuk mendapatkan pengalaman baharu ditempat yang lain.
  • Nyatakan juga bahawa anda ingin belajar benda baru ditempat baru untuk kembangkan karier anda.
  • Contoh jawapan, “Pekerjaan saya yang lalu banyak mengajar saya dan memberikan pelbagai pengalaman. Sekarang, saya ingin mencari peluang bagi memajukan lagi karier saya ke tahap yang lebih tinggi.”

2. Tunjukkan minat

  • Seterusnya tunjukkan minat anda untuk maju bersama syarikat yang baru.
  • Yakinkan penemuduga yang anda betul-betul minat untuk bekerja di syarikat tersebut dengan menyebut impian anda. Terutamanya mencapai misi dan visi syarikat tersebut.
  • Contoh jawapan, “Saya ingin maju bersama syarikat ini serta menjayakan misi dan visi syarikat ini. Saya juga selalu membaca kejayaan syarikat ini di media sosial dan menjadikan saya bersemangat untuk berjaya bersama syarikat ini.”

3.Jangan burukkan majikan lama

  • Ini pantang larang utama sekiranya anda mendapat soalan begini.
  • Jangan sesekali burukkan bekas majikan anda. Ia akan membuat penemuduga beranggapan buruk kepada anda dan reputasi anda sebagai pekerja yang baik dari syarikat lama akan hancur!
  • Biar apa pun yang terjadi, ceritalah perkara yang baik-baik mengenai majikan lama anda. Jadilah seorang pekerja yang profesional.

Mudah je jawapan yang boleh anda berikan kepada penemuduga sekiranya disoal dengan soalan “Kenapa berhenti kerja lama?”

Selain daripada itu, jangan pula jawab “TAK TAHU”. Tak pasal-pasal anda kena reject tanpa sebarang alasan oleh penemuduga nanti!

Tip-tips temuduga yang lain:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.