Anda Pemilik Bisnes Enterprise? Buat Ini Kalau Nak Beli Kereta Baru!

11,352

Ramai orang cakap kalau pemilik bisnes enterprise nak beli kereta baru agak rumit kerana terdapat pelbagai prosedur perlu dilakukan dan membuatkan prosesnya remeh!

Sebenarnya tidak rumit serta tidak remeh kalau anda tahu langkah-langkahnya dan sudah pastinya segala prosesnya sangat mudah!

Buat 5 langkah yang dikongsikan ini kalau pemilik bisnes enterprise nak beli kereta baru terutamanya kereta Myvi (King!)

CARA BELI KERETA BARU DENGAN CARA AMBIL GAJI BISNES BAGI PEMILIK BISNES ENTERPRISE

Pemilik syarikat enterprise boleh membuat pembelian kereta baru dengan mengambil gaji dari perniagaan yang dijalankan.

Macam mana pula tu ya?

Terdapat 5 langkah yang anda boleh lakukan untuk membeli kereta dengan mengambil gaji dari perniagaan enterprise anda iaitu:

1. BUAT SLIP GAJI

  • Hal ini jarang-jarang pemilik perniagaan enterprise lakukan tau!
  • Langkah pertama yang anda kena buat ialah kena ada slip gaji.
  • Dalam slip gaji itu, sila nyatakan berapa gaji yang diambil. Kalau nak beli Myvi gaji sekurang-kurangnya mestilah RM1,800.
  • Jangan lupa, letakkan berapa caruman KWSP yang anda potong.

2. CARUM KWSP

  • Kalau buka perniagaan enterprise sekalipun, sila buat caruman KWSP untuk anda sendiri!
  • Jika ada pekerja, buat caruman KWSP untuk mereka.
  • Jadi, ada syer majikan dan ada syer pekerja. Kalau gaji RM 1,800 maksudnya gaji bersih sekitar RM1,602.
  • KWSP ini penting sebab inilah bukti yang bahawa anda benar-benar bekerja dalam bisnes anda sendiri.

3. AMBIL GAJI

  • Jangan lupa ambil gaji anda ya!
  • Masukkan gaji ke dalam bank akaun simpanan anda.
  • Jika tidak mampu bayar gaji anda sendiri dengan penuh, ini bermaksud perniagaan anda berhutang gaji dengan anda.

4. BUKA AKAUN ASB DAN BUAT ASB LOAN

  • Pastikan anda mempunyai rekod pinjaman.
  • Pinjaman apa yang anda boleh buat? Anda digalakkan untuk membuat pinjaman ASB dulu untuk bina profil pinjaman.
  • Buat bayaran tepat pada masanya. Jadi akan datang bank sudah percaya dengan anda!. Ambil sahaja ASB Financing RM50,000. (Pastikan anda mampu buat bayaran setiap bulan ya!)

5. DECLARE CUKAI

  • Bila anda ambil gaji RM1,800 sebulan maksudnya setahun gaji anda berjumlah RM 21,600.
  • Jumlah gaji itu anda tersebut letak dibahagian pendapatan berkanun penggajian. Jadi ini membuktikan bahawa anda benar-benar ambil gaji dari perniagaan yang anda jalankan.

SEDIAKAN DOKUMEN!

Seterusnya untuk urusan pembelian kereta baharu, jangan lupa untuk sediakan dokumen-dokumen berikut:

  • Penyata bank perniagaan anda selama 6 bulan
  • Slip gaji anda 6 bulan
  • Penyata KWSP

Dah ada ketiga-tiga dokumen ni, bolehlah anda dapatkan kenderaan yang anda idamkan terutamanya King Of The Road, Myvi!

Pastikan anda beli kereta yang anda boleh bayar ansuran bulan-bulannya! Jangan sampai tak makan pula semata-mata nak bayar ansuran kereta sahaja.

Kalau nak tukar kereta pula, anda boleh jual kereta lama anda menggunakan MyTukar! Harga yang ditawarkan lebih tinggi  dari yang lain tau!

Bagi korang yang dah habis bayar loan kereta tu, jangan lupa batalkan nama bank pinjaman dengan E-Batal. Macama mana nak buat tu? Klik sini untuk ketahui langkah-langkah yang anda perlu lakukan.

Batalkan Nama Bank Pinjaman Dengan E-Batal Jika Loan Kereta Motorsikal Habis Bayar

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.