Kod Tidak Lulus Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH)

0 1,929

Terdapat beberapa kod yang dinyatakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sekiranya permohonan anda berstatus gagal atau tidak lulus BSH. Anda boleh menyemak kod tidak lulus BSH anda dan tindakan yang perlu dilakukan untuk membuat rayuan permohonan anda nanti.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kod tidak lulus BSH anda.

PERMOHONAN RAYUAN BSH

Berikut adalah pemohon yang layak membuat Permohonan Rayuan BSH 2020 adalah:

  • Pemohon yang berstatus Tidak Lulus BSH 2020; atau
  • Pemohon yang berstatus Lulus BSH 2020 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak dan perubahan pendapatan sahaja.

KOD TIDAK LULUS BSH

Berikut adalah kod tidak lulus BSH 2020 dan dokumen sokongan yang perlu disediakan untuk membuat rayuan:

Kod 01

Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan.

Dokumen Sokongan – Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah
MyKAD Pemohon.

Kod 02

Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dokumen Sokongan – Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah
MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan

Kod 03

Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dokumen sokongan – Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. MyKAD / MyKID Anak; dan
ii. Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan)

Kod 04

Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Dokumen Sokongan – Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
i. MyKAD / MyKID Anak; dan
ii. Sijil Lahir Anak / Sijil Daftar Anak Angkat (bagi pengesahan hubungan pertalian)

Kod 05

Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang.

Dokumen Sokongan –

  • Semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF); atau
  • Jika tidak wujud, dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    • Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Kod 06

Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa.

Dokumen Sokongan – Dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi
tahun 2019.

Kod 07

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM4,000.

Dokumen Sokongan –

  • Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
  • Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Kod 08

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon / Pasangan melebihi RM4,000 termasuk perniagaan.

Dokumen Sokongan –

  • Semakan pendapatan dan perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).
  • Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 30 Jun 2020.

Kod 09

Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,000.

Dokumen Sokongan –

  • Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan.
  • Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Kod 10

Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi.

Dokumen Sokongan –

  • Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan.
  • Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Kod 11

Pemohon / Pasangan memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian.

Dokumen Sokongan –

Permohonan dipertimbangkan sekiranya pemohon dan pasangan memiliki perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian yang sama.
i. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

  • Sijil Pendaftaran Perniagaan; atau
  • Dokumen Tamat Perniagaan dalam tempoh sehingga 30 Jun 2020.

Kod 12

Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad.

Dokumen Sokongan – Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara
terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

Kod 13

Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad.

Dokumen Sokongan – Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara
terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Kod 14

Pemohon memiliki Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian.

Dokumen Sokongan – Semakan maklumat perniagaan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Kod 15

Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan pemohon/ pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah(B40).

Dokumen Sokongan –

Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

  • Dokumen penukaran hak milik Kenderaan; atau
  • Dokumen penjualan / Pelupusan Kenderaan

Kod 16

Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan.

Dokumen Sokongan -Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah
Dokumen Pengenalan Pasangan.

Kod 17

Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan.

Dokumen Sokongan -Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

  • Dokumen Pindah Milik / Penjualan Rumah / Cukai Tanah / Cukai Pintu
  • Perjanjian sewa bagi yang mempunyai rumah sewa.

Kod 18

Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain.

Dokumen Sokongan –

  • Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac 2020.
  • Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    • Status Kahwin
      a) MyKAD Pemohon; dan
      b) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban).
    • Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
      a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah
      Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
      b) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak
      dalam permohonan)

Kod 19

Pemohon wujud sebagai Anak di permohonan lain.

Dokumen Sokongan – Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah
Sijil Lahir Pemohon.

Kod 20

Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lain.

Dokumen Sokongan –

  • Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac 2020.
  • Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    • Status Kahwin
      a) MyKAD Pemohon; dan
      b) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah
      Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
    • Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
      a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah
      Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
      b) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)

Kod 21

Pasangan wujud sebagai pasangan di permohonan lain.

Kod 22

Pasangan wujud sebagai Anak di permohonan lain.

Dokumen Sokongan – Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah
Sijil Lahir Pasangan.

Kod 23

Anak telah membuat permohonan lain.

Dokumen Sokongan – Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan bagi tambahan RM120.

Kod 24

Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain.

Dokumen Sokongan – Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan bagi
tambahan RM120.

Kod 26

Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat pasangan.

Dokumen Sokongan –

  • Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac 2020.
  • Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    • Status Kahwin
      a) MyKAD Pemohon; dan
      b) MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan
      c) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)

Kod 28

Status Perkahwinan perlu pengesahan

Dokumen Sokongan –

  • Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac 2020.
  • Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    • Status Kahwin
      a) MyKAD Pemohon; dan
      b) Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)

Kod 29

Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan.

Dokumen Sokongan –

  • Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 15 Mac 2020.
  • Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    • Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
      a) Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah
      Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
      b) Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)

Kod 30

Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan.

Dokumen Sokongan –

  • Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    • Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
      • Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; dan
      • Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan); atau
      • Sijil Perkahwinan (Pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia)

Kod 31

Pasangan meninggal dunia.

Dokumen Sokongan –

  • Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    i. Sijil Kematian Pasangan; dan
    ii. Sijil Lahir Anak (Pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia wujud dalam sijil lahir)

Kod 32

Anak meninggal dunia.

Dokumen Sokongan – Anak berkenan Tidak layak dipertimbangkan bagi tambahan RM120.

Kod 33

Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian.

Dokumen Sokongan

Pemohon perlu hadir sendiri ke LHDNM dan membuktikan menetap di Malaysia dalam tempoh sehingga 30 Jun 2020 kecuali kategori Warga Emas pertimbangan akan terus diambil oleh LHDNM tanpa pembuktian menetap di
Malaysia

  • Penyata KWSP pemohon bagi tahun 2019 (jika terdapat potongan satu bulan dalam tahun 2019, boleh dipertimbangkan); atau
  • Penyata Pendapatan Tahunan pemohon (EA / EC) tahun 2019 yang dikeluarkan oleh Majikan di Malaysia.

Kod 34

Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi.

Dokumen Sokongan –

  • Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia
  • Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Kod 35

Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000 dalam tahun 2019.

Dokumen Sokongan –

  • Tidak perlu sebarang pembuktian Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah.
  • Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Kod 36

Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi.

Dokumen Sokongan –

  • Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pendapatan anak
  • Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

Kod-kod di atas merupakan kod yang telah diberikan oleh pihak LHDNM. Anda boleh membuat semakan bagi permohonan yang tidak lulus. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut dan mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi talian 03-8882 4564 dan 03 – 8882 4566. Anda juga boleh emelkan pertanyaan anda di [email protected].

Leave A Reply

Your email address will not be published.