Inisiatif Bumiputera Relief Financing Tawar Pembiayaan Sehingga RM1 Juta Oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad

0 767

Perbadanan Usahawan Nasional Berhad telah memperkenalkan inisiatif baru untuk membantu perniagaan Bumiputera yang terjejas ekoran Covid 19. Inisiatif tersebut adalah Bumiputera Relief Financing (BRF). BRF merupakan sebuah inisiatif yang disediakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) dalam memberi sokongan kepada usahawan dan perniagaan Bumiputera yang terjejas kesan daripada penyusutan ekonomi akibat penularan pandemik COVID-19.

Pembiayaan ini juga bagi memastikan kemampanan dan kestabilan perniagaan Bumiputera kembali pulih serta dapat menyesuaikan perniagaan dengan model yang baharu ekoran perubahan norma pasaran ekonomi dan persekitaran.

PAKEJ PEMBIAYAAN

Berikut adalah pakej pembiayaan bagi BRF:

  • Jumlah Pembiayaan
    • rRM100 ribu –  RM1 Juta
  • Skop Pembiayaan
    • Modal kerja
    • Perbelanjaan operasi (6 bulan maksimum)
    • Sistem automasi & peralatan
    • Perbelanjaan untuk melaksanakan amalan berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.
  • Tempoh Pembiayaan
    • 5.5 tahun maksimum (termasuk 6 bulan moratorium secara automatik pada prinsipal & keuntungan)
  • Kadar Keuntungan
    • 3.5% setahun berdasarkan pengiraan asas bulanan
  • Tempoh Ketersediaan Pembiayaan
    • Bermula dari tarikh pengumuman sehingga 30 November 2020 atau sehingga keseluruhan pembiayaan telah disalurkan (mana-mana yang terdahulu).

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan Bumiputera Relief Financing (BRF):

  • Perniagaan Bumiputera yang terjejas akibat daripada ekonomi merudum disebabkan oleh pandemik COVID-19 dengan minimum hasil perolehan jualan sebanyak RM300 ribu setahun.
  • Syarikat yang berdaftar dengan Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Petubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau badan-badan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan yang diiktiraf. Ini TIDAK termasuk entiti yang tersenarai di Bursa Malaysia dan syarikat-syarikat subsidiari entiti berikut:
    • Syarikat Senarai Awam (tempatan atau asing)
    • Syarikat Multinasional (MNC)/Firma besar
    • Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC)
    • Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKDs)
    • Syarikat Milik Kerajaan Negeri
    • Koperasi
  • Perniagaan milik Bumiputera (sekurang-kurangnya 70% pemegang saham syarikat adalah Bumiputera).
  • Rekod kewangan yang memuaskan.

SEKTOR PEMBIAYAAN

Antara sektor yang dibiayai dan tidak dibiayai oleh Bumiputera Relief Financing (BRF)

Sektor Dibiayai

  • Peruncitan & Pengedaran Perdagangan
  • Pembuatan & Kejuruteraan
  • Sistem Automasi
  • Kesihatan
  • Hospitaliti
  • Penggerak Perniagaan
    • Pembangunan perisian, logistik, penggudangan & perkhidmatan penghantaran
  • Kreatif
    • Kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen.

Sektor Tidak Dibiayai

  • Pertanian & perlombongan
  • Perumahan & hartanah
  • Perniagaan tidak patuh syariah
  • Kewangan
    • Pembiayaan dan pajakan samada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wanga asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berrikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Dokumen berkanun syarikat seperti:
    • M&A, Borang24,44,49 (Sdn Bhd)
    • Borang B&D (Milikan tunggal & Perkongsian)
    • Sijil/Kelayakan Profesional (Guaman, Arkitek, Perakaunan – jika ada)
    • Sdn Bhd – Penyata KWSP, LHDN & PERKESO
    • Lain-lain dokumen berkaitan
  • Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tempoh 2 tahun terkini (Sdn Bhd)
  • Akaun Pengurusan 2019 (Sdn Bhd)
  • Laporan Jualan Bulanan 2019 & 2020
  • Penyata akaun bank bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Profil syarikat (sekiranya ada)
  • Senarai penganugerahan kontrak/bukti kontrak-kontrak terdahulu (sekiranya ada)
  • Surat/sebarang bukti bagi moratorium yang telah diberikan oleh pihak bank bagi pembiayaan yang sedia ada
  • Salinan kad pengenalan Pengarah/rakan kongsi/pemilik tunggal/pemegang saham
  • Borang persetujuan bagi pengesahan rekod kredit pemohon
  • Penyerahan lesen daripada pihak berkuasa tempatan dan persekutuan yang relevan serta perjanjian penyewaan yang sah
  • Bukti perniagaan terkesan daripada ekonomi yang merudum disebabkan oleh pandemik COVID-19 (jika ada) seperti Surat Fasiliti Pembiayaan Penstrukturan & Penjadualan Semula dari institusi kewangan lain, diskaun sewaan/pengecualian dari pemilik hartanah (jika melibatkan premis) dan berkaitan.

KEISTIMEWAAN PEMBIAYAAN

Antara keistimewaan pembiayaan yang akan diterima oleh pemohon sekiranya permohonan berjaya adalah seperti berikut:

  • Pemberian moratorium selama 6 bulan secara automatik dari tarikh pengeluaran dana.
  • Tiada cagaran diperlukan.
  • Kelulusan pembiayaan dalam tempoh 21 hari bekerja (beserta dokumen dan maklumat yang lengkap).

YURAN

Berikut adalah yuran yang akan dikenakan kepada usahawan iaitu ditolak daripada pembiayaan:

  • Yuran Pemprosesan
  • Yuran Dokumentasi
  • Yuran Setem Duti
  • 3 bulan deposit sekuriti
  • Takaful Hayat dan Premis

CARA MEMOHON

Berikut adalah langkah-langkah untuk mengemukakan permohonan Bumiputera Relief Financing (BRF)

  1. Pergi ke laman rasmi Perbandanan Usahawan Nasional Berhad 

2. Klik PERMOHONAN BRF

3. Isikan maklumat yang diminta serta muat naik dokumen yang diperlukan. Pastikan anda klik HANTAR

4. Pegawai PUNB akan menilai dan menyemak dokumen permohonan bagi proses kelulusan oleh Jawatankuasa Penilaian. Setelah selesai proses penilaian dan semakan, PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, emel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya, tandatangan dan serahan surat tawaran pembiayaan.

5. Setelah kesemua dokumen dan syarat pengeluaran dana dipenuhi dan mendapat kelulusan, PUNG akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak bagi tujuan yang telah dipersetujui.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mahupun maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862 atau emel ke alamat [email protected].

Leave A Reply

Your email address will not be published.