Cara Mohon Kursus Di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, JKM

1,037

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang ingin mendapatkan Kursus Latihan Vokasional dipelawa untuk menambahkan kemahiran masing-masing di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di Bangi.

Bilakah tarikh permohonan untuk kemasukan ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di Bangi JKM?

Nak tahu juga apakah kursus-kursus yang ditawarkan di PLPP Bangi bagi sidang Akademik 2022 kali ini?

TARIKH PERMOHONAN/TEMUDUGA KE PUSAT LATIHAN PERINDUSTRIAN & PEMULIHAN BANGI

Golongan OKU yang berminat untuk menambahkan kemahiran vokasional di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan di Bangi boleh mengikuti temuduga mengikut sesi yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Wisma Persekutuan Raub, Pahang: 31 Januari 2022
  • Wisma Persekutuan Temerloh: 3 Februari 2022
  • Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom: 5 Februari 2022

KURSUS-KURSUS DISEDIAKAN

Kursus-kursus yang disediakan di PLPP Bangi adalah seperti berikut:

1. Kursus Vokasional 

  • Kursus Pengurusan pejabat (SKM Tahap 2)
  • Kursus Pembuatan Pakaian Wanita (SKM Tahap 1)
  • Kursus Pemasangan Elektrik
  • Kursus Fabrikasi Logam (Pembuatan Kerusi Roda)
  • Kursus Protestik dan Ortotik

2. Kursus Pra-Vokasional

  • Kursus Seni Lukis
  • Kursus Teknologi Batik

3. Kursus-Kursus Baharu

  • Kursus Facial dan Resdung
  • Kursus Bekam
  • Kursus Urutan Lelaki
  • Kursus Penggayaan Rambut Lelaki
  • Kursus Pastri dan Kek
  • Kursus Pembuatan Langsir

SYARAT KEMASUKAN KE PLPP BANGI

Syarat untuk kemasukan ke PLPP Bangi yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Orang Kurang Upaya Fizikal yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Berumur 18 hingga 40 tahun
  • Berkelulusan SPM, PMR atau sekurang-kurangnya boleh membaca, menulis dan mengira
  • Berkeupayaan mengurus diri
  • Bebas dari rekod penyalahgunaan dadah dan jenayah

CARA MOHON

  • Pemohon, ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan secara PLPP melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD) berhampiran tempat kediaman.
  • Pemohon diminta melengkapkan dan menghantar borang serta dokumen yang berkaitan kepada PKMD berkenaan.

Seterusnya sediakan dokumen-dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Borang Permohonan Kemasukan ke PLPP
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara (jika berkaitan)
  • Borang Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga
  • Borang KKA 5 Bahagian B – Kebenaran Pembedahan Semasa Kecemasan
  • Salinan kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga

Cara Mohon Kursus Di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi, JKM

Baca juga: Permohonan Ikuti Program Persijilan & Diploma Kemahiran Malaysia Pusat Bertauliah KEMAS Sesi Januari 2022

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai kemasukan ke PLPP Bangi sila dapatkan disaluran berikut:

  • plppbangi @jkm.gov.my
  • 03-8926 1996/2681/2682

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.