Bantuan Bulanan RM300 Kepada Pelajar Anak Yatim Kehilangan Ibu Bapa Akibat Covid-19

886

Wabak Covid-19 benar-benar memberikan ujian kepada seluruh masyarakat Malaysia kerana ia mengakibatkan kesan yang amat mendalam.

Antara kesan yang sangat mendalam dan mengganggu emosi adalah dimana anak-anak kecil yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19.

Apakah nasib mereka ini untuk menghadapai situasi ini?

JUMLAH BANTUAN

Kerajaan Negeri Perak akan memberikan bantuan bulanan kepada anak-anak yatim ini sebanyak:

  • RM300/bulan

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Anak-anak yatim ini akan menerima bantuan melalui kaedah berikut:

  • Melalui Skim Saham Felcra yang disalurkan menerusi penjaga anak-anak yatim tersebut.

ANAK YATIM DIKENALPASTI

Seramai 250 pelajar yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Pendidikan negeri Perak menjadi anak yatim dan yatim piatu disebabkan penularan virus tersebut.

Senarai ini dalam tindakan siasatan Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah bagi penentuan kelayakan bantuan berdasarkan syarat-syarat yang berkuat kuasa.

Kerajaan negeri akan mewujudkan Program Teduhan Kasih Anak-Anak Perak dengan peruntukan RM1 juta untuk menampung sara hidup dan pendidikan anak-anak ini sehingga berusia 21 tahun.

INISIATIF PSIKOLOGI & KAUNSELING

Kerajaan negeri melalui Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah merangka pelbagai inisiatif dalam memberikan bantuan terutama dari aspek psikologi dan kaunseling secara bersemuka atau dalam talian kepada keluarga yang terkesan dengan kematian ahli keluarga akibat Covid-19.

Selain itu, penjaga bagi anak-anak yatim ini juga boleh membuat permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat disini seperti berikut:

Manakala untuk bantuan-bantuan JKM yang lain pula anda boleh lakukan permohonan dipautan ini sahaja:

Bantuan Bulanan RM300 Kepada Pelajar Anak Yatim Kehilangan Ibu Bapa Akibat Covid-19

SUMBER

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.