Latihan Graduan Digital Sedia RM800 Elaun Selama 3 Bulan

1 942

Latihan Graduan Digital inisiatif khas untuk para graduan yang sudah menamatkan pengajian ataupun sedang mencari pekerjaan. LGD juga dibuka kepada pelajar lepasan SPM yang masih menunggu panggilan untuk menyambung pengajian serta golongan belia yang kehilangan perkerjaan akibat pandemik COVID-19.

Latihan Graduan Digital ini telah dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bersama National Intellectual Activist Club (NIAC).

Peserta Latihan Graduan Digital akan menerima elaun sebanyak RM800 sebulan akan dikreditkan terus ke akaun perserta.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program menarik ini.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bagi Latihan Graduan Digital adalah dibuka sehingga November 2020.

FAEDAH MENYERTAI LATIHAN GRADUAN DIGITAL

Antara kelebihan yang akan diterima oleh peserta melalui program ini adalah:

  • Elaun RM800/bulan diberi selama 3 bulan tempoh latihan dan dibayar terus ke akaun penerima.
  • Komitmen sepenuhnya hanyalah untuk 15 hari sepanjang tempoh 3 bulan pembelajaran.
  • Program latihan yang fleksibel; hanya perlu menghadiri 2 kali perjumpaan yang dianjurkan di negeri/daerah sendiri.
  • Kebolehpasaran dan peluang pekerjaan yang tinggi: Frelancer, Fotografi/Videografi dan E-Marketer.
  • Pembelajaran atas talian sepenuhnya.

PROGRAM LATIHAN

Berikut merupakan program-program latihan yang akan disediakan di Latihan Graduan Digital:

  • Kemahiran GIG: Copywriting, fotografi, videografi, pengeditan foto/video,
    pemasarab melalui sosial media, pengurusan pemasaran atas talian
  • Soft Skills: Komunikasi berkesan, perundingan pemasaran, pengurusan masa
  • Keusahawanan: Pengurusan kewangan & rekod, pemasaran, pengurusan pekerja

SYARAT PENYERTAAN

Syarat kelayakan permohoan bagi Latihan Graduan Digital adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Graduan IPT/ Lepasan Sekolah? Belia yang diberhentikan kerja semasa tempoh pendemik
  • Belia yang masih melanjutkan pengajian tidak layak untuk menyertai.

CARA PERMOHONAN

Sekiranya anda berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan sekarang sehingga November 2020 secara atas talian melalui pautan di bawah:

Anda diminta untuk melengkap permohonan di atas dan klik submit. 

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh terus ke Laman Facebook Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan.

1 Comment
  1. A WordPress Commenter says

    Hi, this is a comment.
    To get started with moderating, editing, and deleting comments, please visit the Comments screen in the dashboard.
    Commenter avatars come from Gravatar.

Leave A Reply

Your email address will not be published.