Mohon Sekarang Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Terima Baucar Jom Shopping RM100 Setahun Untuk Warga Emas & OKU

0 641

Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi mula beroperasi pada 1 Oktober 2008. Sebelum ini Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dikenali sebagai sebuah skim khairat kematian untuk warga emas dan OKU yang layak dengan nilai sebanyak RM 2,500.

Ahli SMUE akan menerima baucer beli-belah bernilai RM100 dan program akan dijalankan di pasaraya-pasaraya yang terpilih di kawasan mereka. Pemberian manfaat yang dikenali sebagai program Jom Shopping SMUE ini akan diberikan mengikut bulan kelahiran ahli tersebut.

Oleh yang demikian, mana-mana warga emas atau OKU yang menepati syarat permohonan SMUE dan masih belum mendaftar hendaklah segera berbuat demikian di pejabat Pusat Khidmat DUN yang terdekat bagi melayakkan mereka menerima manfaat ini.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui syarat kelayakan yang ditetapkan dan cara-cara untuk membuat permohonan ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Terdapat dua (2) kategori untuk permohonan ini iaitu:

KATEGORI WARGA EMAS

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi kategori warga emas:

  • Merupakan WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN
  • Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU
  • Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan; ATAU
  • Bukan kelahiran di Negeri Selangor dan sedang bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  • Pemohon perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja.

KATEGORI OKU

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi kategori OKU:

  • Merupakan WARGANEGARA Malaysia; DAN
  • Tiada had umur bagi pemohon OKU yang lahir di Negeri Selangor; ATAU
  • Pemohon OKU yang bukan kelahiran Negeri Selangor mestilah sedang menetap di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun; DAN
  • Pemohon OKU bukan kelahiran di Negeri Selangor perlu mendapatkan Cop Pengesahan Taraf Mastautin daripada pengesah di kawasan tempat tinggal pemohon sahaja; DAN

PEGAWAI PENGESAH

Jawatan pengesah yang dibenarkan untuk mengesahkan taraf mastautin pemohon adalah seperti berikut :

    • Ahli Parlimen/ Senator
    • ADUN / Pengerusi JK Penyelaras DUN
    • Penghulu / Ketua Kampung
    • Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
    • Pengerusi Taman Perumahan
    • Nazir / Ketua Tokong / Kuil / Gereja

DOKUMEN SOKONGAN

Terdapat beberapa dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini seperti:

  • Salinan MyKad Pemohon; ATAU
  • Salinan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (untuk pemohon OKU).
  • Pemohon yang tinggal di dalam sebuah pertubuhan atau rumah kebajikan, dokumen tambahan yang diperlukan adalah:
    • Salinan dokumen pendaftaran pertubuhan.
    • Surat kuasa daripada pemohon memberi kebenaran kepada pertubuhan mewakili bagi pihak pemohon dalam urusan berkaitan manfaat SMUE.
    • Dikehendaki menghantar borang permohonan di pejabat YAWAS dan disahkan oleh pegawai YAWAS dengan merujuk kepada dokumen sebenar.

PANDUAN MEMOHON

Berikut merupakan panduan untuk mendapatkan manfaat SMUE ini. Pemohon perlu mendaftar dahulu di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

  •  Terbuka kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan OKU. (Tertakluk pada syarat-syarat kelayakan permohonan SMUE)
  • Permohonan adalah PERCUMA dan borang permohonan boleh didapatkan di seluruh pejabat Pusat Khidmat DUN di Negeri Selangor.
  • Pendaftaran adalah mengikut alamat tempat tinggal seperti yang dinyatakan di dalam Mykad Pemohon SAHAJA(Tertakluk kepada alamat di kawasan Negeri Selangor sahaja)
  • Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan dan menyediakan dokumen-dokumen yang diminta.
  • Pemohon yang lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di luar Negeri Selangor TIDAK LAYAK untuk didaftarkan sebagai Ahli dan menerima sebarang manfaat di bawah skim ini.
  • Bagi Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor, pengesahan taraf mastautin hendaklah dibuat oleh pengesah yang dibenarkan dan mestilah di kawasan tempat tinggal pemohon SAHAJA

SEMAKAN PERMOHONAN

Bagi pemohon yang telah mengemukakan status permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda dengan hanya memasukkan nombor Kad Pengenalan di pautan di bawah:

Kemudian, klik Semak untuk melihat status permohonan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh terus ke alamat di bawah atau hubungi talian yang disediakan di bawah:

  • Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
    Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
    Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
    40000 Shah Alam, Selangor
  • No telefon: 03 5481 8800
  • Emel:  [email protected]

Semoga perkongsian ini dapat membantu memudahkan urusan anda untuk mengemukakan permohonan Skim Mesra Usia Emas ini. Diharapkan permohonan anda berjaya dan menerima manfaat yang diberikan.

Selamat Maju Jaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.