Permohonan Perumahan Rumah Makmur Berharga RM80,000 Seunit

0 747

Projek Rumah Makmur merupakan lanjutan kepada usaha Kerajaan Negeri menyediakan perumahan mampu milik di bawah PR1MA Pahang.

Projek Rumah Makmur pula memang bertujuan untuk memastikan golongan kurang berkemampuan memiliki rumah kerana harganya sangat murah iaitu RM80,000 dengan syarat pemohon masih belum mempunyai rumah.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui syarat kelayakan dan cara permohonan dibuat.

JENIS RUMAH

Berikut merupakan jenis rumah yang berharga RM80,000 mengikut spesifikasi rumah yang telah ditetapkan:

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi permohonan untuk mendaftar projek rumah makmur:

  • Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.
  • Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebih RM5,000.00 sebulan.
  • Keutamaan kepada yang berumur 40 tahun ke bawah.
  • Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus tidak kurang daripada lima (5) tahun.
  • Pemohon tidak memiliki rumah.
  • Pemohon atau suami/isteri pemohon tidak pernah dibatalkan pendaftaran permohonan sebelum ini kerana didapati memberi keterangan palsu.
  • Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula yang dianjurkan oleh Kerajaan;
  • Tidak pernah diberikan pemilikan rumah kos rendah (Kerajaan/Swasta) atau kos sederhana rendah;

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan Projek Rumah Makmur:

  • Slip Penerimaan Pendaftaran ePerumahan
  • Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Satu (1) Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri
  • Satu (1) Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan / Perceraian
  • Satu (1) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon
  • Satu (1) Salinan Slip Gaji Terkini Suami / Isteri / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
  • Satu (1) Salinan Surat Perakuan Majikan
  • Satu (1) Salinan Slip Gaji Pemohon / Surat Pengesahan Pendapatan daripada JKKK / Penghulu (Jika Tiada Slip Gaji)
  • Satu (1) Salinan Penyata Taksiran Cukai Pendapatan
  • Satu (1) Salinan Dokumen yang membuktikan tempoh menetap di Negeri Pahang / Surat Pengesahan Bermastautin di Negeri Pahang daripada JKKK / Penghulu (Jika Pemohon bukan lahir di Negeri Pahang)
  • Surat Akuan Sumpah

TEMPAT PROJEK DIJALANKAN

Pemohon boleh menyemak sendiri lokasi-lokasi atau tempat Projek Rumah Makmur di pautan di bawah:

Pemohon boleh menghubungi Bahagian Perumahan SUK Pahang untuk tempahan atau maklumat lanjut bagi Kuota Bumiputera Projek Swasta. Di talian 09-5156 303 / 09-5129 420.

CARA MENDAFTAR

Berikut merupakan arahan atau langkah-langkah untuk mendaftar perumahan Projek Rumah Makmur:

  • Pergi ke laman sesawang Pendaftaran Projek Rumah Makmur
  • Masukkan nombor Kad Pengenalan dan klik Semak
  • Pastikan anda mematuhi syarat-syarat permohonan sebelum memohon.
  • Hanya maklumat yang lengkap sahaja akan diproses.
  • Medan bertanda * adalah wajib diisi.
  • Klik SIMPAN selepas mengisi borang.
  • Anda dibenarkan untuk mengemaskini semula borang selagi butang HANTAR PERMOHONAN tidak diklik.
  • Setelah selesai, tandakan ruangan PENGAKUAN dan klik pada HANTAR PERMOHONAN.
  • Sila pastikan borang diisi dengan lengkap dan cetak Slip Penerimaan Pendaftaran dan kemukakan bersama dokumen sokongan seperti di senarai semak dalam tempoh 7 hari dari tarikh permohonan ini dan hantar ke Bahagian Perumahan atau mana-mana Pejabat Daerah dan Tanah.

Sekiranya pemohon ingin mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, pemohon boleh menghubungi Bahagian Perumahan SUK Pahang di talian 09-5156 303/ 09-5129 420.

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.