Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan MyLesen GDL 2.0 Tahun 2021. Semak Cara Mohon Disini

1,647

Berminat sangat nak bawa treler? Tetapi belum ada kesempatan nak ambil lesen GDL untuk membawa treler?

Ini peluang terbaik buat anda kerana Kementerian Pengangkutan Malaysia bakal mengadakan Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan MyLesen GDL 2.0 Tahun 2021.

Mohon segera kerana penyertaan adalah terhad!

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Orang ramai yang berminat untuk menyertai Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan MyLesen GDL 2.0 Tahun 2021 perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada:

  • 31 Disember 2021

TUJUAN PROGRAM

Untuk pengetahuan semua, Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan MyLesen GDL 2.0 merupakan:

  • Salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 adalah untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan dalam industri logistik.

Program ini juga:

  • Menawarkan peluang pekerjaan terutama kepada rakyat yang terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19 dan terbuka kepada semua calon warganegara Malaysia.

SYARAT PENYERTAAN

Syarat penyertaan Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan MyLesen GDL 2.0 terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

SYARAT CALON/PESERTA

  • Calon mestilah merupakan warganegara sahaja
  • Memiliki kelas D atau E Lesen Memandu Kompeten (CDL)
  • Calon mestilah berumur 21 tahun ke atas
  • Calon tiada dalam senarai hitam sama ada oleh pihak Mahkamah, JPJ atau PDRM
  • Calon mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik
  • Penyertaan calon adalah tertakluk  kepada terma dan syarat yang ditetapkan

SYARAT SYARIKAT LOGISTIK/PENGANGKUTAN

  • Syarikat mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penyertaan syarikat adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan
Nota: Mohon segera kerana kuota 700 peserta sahaja untuk Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan MyLesen GDL 2.0

PAUTAN PERMOHONAN

Calon dan syarikat yang berminat sila isi borang permohonan dipautan berikut:

Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan MyLesen GDL 2.0 Tahun 2021. Semak Cara Mohon Disini

Baca juga: Jangan Lupa Ya! Renew Lesen Memandu & Road Tax Kenderaan Sebelum 31 Disember 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan MyLesen GDL 2.0 sila ajukan ke:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.