Cara Mohon Bantuan Komputer Riba Anak Negeri Sembilan Asnaf & B40

1,700

Bagi memastikan anak golongan asnaf dan B40 yang memerlukan Bantuan Komputer Riba, boleh membuat permohonan dari Yayasan Negeri Sembilan seperti yang dikongsikan disini.

Sekurang-kurangnya, dengan adanya bantuan ini, anak-anak golongan asnaf dan B40 ini boleh meneruskan pembelajaran dengan selesa.

Dapatkan borang permohonan disini, isikan maklumat yang diperlukan dan hantar secara online agar masing-masing tidak terlepas bantuan yang diperlukan.

TUJUAN BANTUAN KOMPUTER RIBA

Mengapa Yayasan Negeri Sembilan mewujudkan Bantuan Komputer Riba? Bantuan Komputer Riba ia adalah merupakan:

  • Satu inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan terutamanya golongan Asnaf dan B40 yang terkesan akibat dari penularan wabak Covid-19 dalam pembela

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Pastikan anda semua membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada:

  • 29 Disember 2021 Jam 6.00pm

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat permohonan untuk membuat permohonan Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

  1. Anak kelahiran Negeri Sembilan
  2. Pendapatan isi rumah kurang RM3970.00 (B3)
  3. Pelajar IPTA/Politeknik/STPM yang masih belajar
  4. Pelajar tahun 1 sahaja
  5. Peringkat pengajian STPM/Diploma/Ijazah
  6. Bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan lebih 8 tahun (perlu kemukakan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah)
  7. Tidak menerima sebarang Bantuan Komputer Riba dari universiti atau pihak lain
  8. Sekiranya terdapat dua (2) permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya seorang pemohon sahaja yang menerima bantuan ini sekiranya layak
  9. Tidak menerima apa-apa bantuan daripada institusi atau mana-mana jabatan kerajaan yang lain
Nota: Segala butiran yang tidak lengkap akan ditolak serta merta, semua dokumen yang dimuatnaik perlu disahkankan oleh pejabat dun/penyelaras dun/mpkk dan dokumen yang tidak mempunyai pengesahan akan ditolak serta merta.

PAUTAN PERMOHONAN

Anda boleh membuat permohonan melalui pautan berikut:

Cara Mohon Bantuan Komputer Riba Anak Negeri Sembilan Asnaf & B40

  • Pastikan anda melengkapkan semua maklumat seperti yang diperlukan pada borang penyertaan.

Diharap Bantuan Komputer Riba ini membantu meringankan beban pelajar dari golongan Asnaf dan B40 untuk belajar secara online dengan lebih selesa.

Baca juga: JKM: Cara Daftar, Semakan Dan Kemaskini 11 Skim Bantuan Secara Online

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai pertanyaan dan inginkan maklumat lebih lanjut mengenai Bantuan Komputer Riba Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan di saluran berikut:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.