Pengambilan Pegawai Kadet ATM Lepasan Ijazah (Graduan) Bagi Tahun 2021

0 1,390

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal Diraja Sultan Idris I (KDSI I) dan Sekolah Latihan Pegawai – Kolej Tentera Udara (SLP-KTU).

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengambilan Pegawai Kadet ATM Lepasan Ijazah bagi tahun 2021.

SYARAT-SYARAT PELANTIKAN

Berikut adalah syarat -syarat pelantikan pegawai kadet lepasan ijazah:

  • Warganegara Malaysia
  • Lelaki dan perempuan
  • Umur tidak melebihi 27 tahun pada 30 April 2021.
  • Fizikal
    • Lelaki
      • 1.62m tinggi minimum.
      • 47.5kg berat minimum.
      • Beza ukuran dada pernafasan sebanyak 5 cm
      • Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 26.9
    • Wanita
      • 1.57m tinggi minimum.
      • 45.0kg berat minimum.
      • Beza ukuran dada pernafasan sebanyak 4 cm
      • Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 26.9.
  • Calon mestilah lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dijalankan boleh Pegawai Perubatan ATM.
  • Calon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata atau kanta lekap.
  • Calon hendaklah memastikan kesihatan diri dalam keadaan terbaik dan disahkan bebas daripada risiko Covid 19.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan ini dibuka sehingga 30 April 2021. Pemohon boleh mengemukakan permohonan sehingga tarikh tersebut.

KELAYAKAN AKADEMIK

Berikut adalah kelayakan akademik bagi pengambilan Pegawai Kadet ATM Lepasan Ijazah bagi tahun 2021:

Kelulusan Asas

  • Lulus SPM/SVM atau kelayakan setaraf dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.

Kelulusan Pengajian Tinggi

  • Lulus Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dan memperoleh keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatig (PNGK) 2.70 (67.5%) ke atas.

Bidang/Jurusan Dieperlukan

Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) pelbagai bidang/jurusan dari Universiti Awam (UA) dan Insstitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara serta diiktiraf oleh Jabatan Pekhidmatan Awam (JPA)

Pengesahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kelulusan dari UA dan IPTS dalam serta luar perlu mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi daripada Malaysia Qualification Agency (MQA) melalui laman sesawang www2.mqa.gov.my/esisraf atau www2.mqa.gov.my/mqr.

Sistem PNGK Universiti Luar Negara

Selain mendapatkan pengesahan pengiktirafan akreditasi, calon-calon juga perlu mendapatkan pengesahan keputusan akademik di peringkat pengajian ijazah pertama mengikut sistem PNGK UA di Malaysia.

Temuduga

Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menjalani pemilihan di pusat-pusat pemilihan yang akan dimaklumkan berdasarkan keperluan perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Kriteria Pemilihan

Calon-calon akan disaring dan diuji melalui proses pemilihan berdasarkan Penilaian Lembaga Pemilihan seperti yang telah ditetapkan oleh ATM. Keputusan pemilihan dan temuduga adalah muktamad.

PENTAULIAHAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH

Berikut adalah syarat pentauliahan bagi pegawai kadet lepasan ijazah adalah seperti berikut:

  • Calon-calon yang terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) untuk menjalani Latihan Ketenteraan di pusat katihan setiap Perkhidmatan.
  • Pegawai Kadet Lepasan Ijazah (Graduan) yang lulus dalam Latihan Ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan pangkat Leftanen Muda dan setaraf diperkenankan oleh SPB Yang Dipertuan Agong.
  • Gaji, elaun dan kemudahan sebagai Pegawai Kadet adalah berdasarkan Skim Perkhidmatan ATM yang sedang berkuatkuasa.

PERMOHONAN PEGAWAI KADET LEPASAN IJAZAH

Bagi calon yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan anda boleh mengemukakan permohonan secara atas talian sebelum 30 April 2021. Permohonan boleh dibuat di pautan yang disediakan di bawah atau mengimbas QR code.

Pemohon perlu membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. Untuk mengetahui status permohonan pemohon akan dihubungi melalui emel sama ada permohonan calon lulus atau gagal. Jika terdapat sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi talian 011-6550 4585.

Leave A Reply

Your email address will not be published.