Permohonan Kemasukan TVET MARA (Program Diploma) Kini Di Buka

0 900

Adakah anda risau tiada tempat melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma?

Anda boleh boleh menarik nafas lega kerana TVET MARA telah membuka peluang untuk anda dengan menawarkan program diploma baharu untuk anda yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kemasukan ke diploma yang ditawarkan di TVET MARA.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bagi program diploma TVET MARA ini dibuka sehingga 9 Oktober 2020.

TEMPOH PENGAJIAN

Bagi program diploma yang ditawarkan adalah sepenuh masa iaitu selama 36 bulan.

TEMPAT DAN PROGRAM YANG DITAWARKAN

Berikut adalah tempat dan program diploma yang ditawarkan:

  • IKM SUNGAI PETANI

    • Diploma Seni Bina Penyeliaan Tapak
    • Diploma Teknologi Elektronik Gunaan
  • IKM JOHOR BAHRU

    • Diploma Teknologi Pembuatan Produk Elektronik

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon program yang ditawarkan:

A. Syarat Kemasukkan SPM

Lulus SPM dengan dua (2) kepujian dalam mata pelajaran berikut:

  • Mana-mana satu (1) mata pelajaran Matematik / Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Vokasional (MPAV) mata pelajaran Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan / Grafik komunikasi Teknikal.
  • Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain.

B. Syarat Kemasukan Lain

  • Lulusan Institut Kemahiran Mara (IKM) / Institut Latihan Kemahiran Awam / Swasta (ILKA/ILKS) : Lulus Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Profesion / Teknologi Dalam Bidang berkaitan dengan CGPA > 2.00
  • Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM): Lulusan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf atau setara.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Antara dokumen yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan:

  • Salinan SPM
  • Salinan Kad Pengenalan pelajar, ibu dan bapa
  • Salinan surat beranak pelajar
  • Nombor telefon pelajar untuk dihubungi

CARA PERMOHONAN

Bagi individu yang berminat dan memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan anda perlu menghantar dokumen yang diperlukan melalui emel yang telah disediakan di bawah:

Anda diingatkan untuk menghantar permohonan sebelum 9 Oktober 2020. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh menghubungi talian berikut:

  • 013-949 8063
  • 03-261 34589 / 34611 / 34598 / 34605

Permohonan Kemasukkan TVET MARA (Program Diploma) Kini Di Buka

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.