Perbezaan CV Dan Resume Yang Ramai Orang Keliru

0 6,735

Kebanyakkan pencari kerja tidak mengetahui perbezaan anda curriculum vitae (CV) dan resume. Kagagalan mereka memahami antara dua jenis dokumen ini menyebabkan mereka gagal mendapat pekerjaan yang dimohon.

Terdapat majikan yang hanya meminta resume sahaja,  CV sahaja dan  kedua-duanya sekali.

Anda yang tidak dapat membezakan mungkin akan menghantar dokumen yang salah kepada bakal majikan anda.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perbezaan CV dan resume.

MAKSUD CV DAN RESUME

Berikut adalah maksud  Curriculum Vitae(CV) dan resume:

  •  Curriculum Vitae (CV)

Curriculum Vitae membawa maksud dokumen yang mempunyai maklumat lengkap mengenai data diri seseorang seperti nama lengkap, alamat, tempat tinggal, tarikh lahir, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja seseorang. CV juga digunakan untuk memohon pekerjaan

  • Resume

Resume merupakan sejenis dokumen yang ringkas dan padat mengenai maklumat peribadi seseorang untuk memohon pekerjaan.

PERBEZAAN CV DAN RESUME

Berikut adalah perbezaan antara CV dan resume yang perlu anda tahu untuk memohon pekerjaan.

1. Bilangan muka Surat

CV yang lengkap dan baik pasti akan mempunyai 2 ke 4 bilangan muka surat. Hal ini kerana CV perlu menyenaraikan semua pengalaman profesional serta pencapaian termasuk aktiviti sukarelawan dan disusun dengan kronologi pekerjaan anda.

Kebiasaannya resume hanya mempunyai 1 muka surat sahaja kerana isi yang  ringkas dan terus terang. Resume digunakan untuk menonjolkan kemahiran dan pencapaian utama anda.

2. Format Dokumen

Bagi CV, anda perlu mengikut format yang telah ditetapkan. CV mestilah kemas, teratur dan mengikut susunan yang memudah majikan membacanya.

Untuk resume pula, tiada sebarang format yang ditetapkan. Anda hanya perlu menggunakan kreativiti anda untuk menghasilkan resume yang ringkas, padat dan menarik. Resume yang berbentuk grafik menjadi pilihan majikan pada masa kini kerana ianya menarik dan mudah dibaca oleh bakal majikan anda.

3. Gambar

Untuk CV, anda tidak perlu meletakkan sebarang gambar, tetapi sekiranya anda ingin berbuat demikian tidak menjadi sebarang masalah ataupun isu.

Bagi resume, anda dinasihatkan untuk meletakkan gambar anda supaya majikan dapat melihat rupa dan kelayakan anda pada resume yang dihantar. Gambar yang diletakkan harus la jelas dan kelihatan profesional. Anda juga boleh meletakkan gambar yang berukuran passport pada resume anda.

4. Objektif

Dalam CV anda tidak perlu meletakkan objektif menghantar CV tersebut. Perkara disebabkan oleh dalam CV anda sudahpun mempunyai banyak maklumat mengenai diri anda.

Anda perlu meletakkan objektif anda pada resume tersebut kerana ianya padat ringkas berbanding CV. Objektif adalah perkara yang wajib ada dalam resume.

5. Surat Pengiring (cover letter)

Apabila anda mengguna CV untuk memohon pekerjaan, anda perlu lampirkan bersama cover letter untuk memohon pekerjaan. Tujuannya adalah untuk meringkaskan kandungan dalam CV dan kesesuaian individu terbabit dengan kerja yang dipohon.

Bagi resume, anda tidak perlu menyediakan cover letter kerana maklumat yang ada dalam resume sudah padat ringkas untuk memohon pekerjaan.

CONTOH CV DAN RESUME

Berikut merupakan contoh CV dan Resume yang boleh dihantar kepada majikan:

  • CV

perbezaan cv dan resume

  • Resume

  • Cover Letter

perbezaan resume dan cv

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda untuk membezakan antara CV dan resume. Diharapkan anda tidak lagi tersalah menghantar dokumen yang dihendaki untuk memohon pekerjaan.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.