9 Petua Elak Rasa Gemuruh Ketika Temuduga

0 746

Bagi yang baru sahaja tamat pengajian pasti matlamat anda adalah mendapatkan pekerjaan. Namun ianya tidaklah semudah yang disangka. Terdapat proses-proses yang perlu anda lalui sebelum mendapatkan pekerjaan. Antara proses tersebut adalah menghantar resume untuk memohon pekerjaan, seterusnya menghadiri sesi temuduga dan sekiranya lulus anda akan mula bekerja.

Sebilangan besar calon yang menghadiri temuduga akan berasa cemas dan gemuruh. Hal ini disebabkan mereka yang tiada pengalaman untuk menghadiri temuduga.

Perasaan gemuruh yang melampau akan memberi kesan kepada peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan.

Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh calon yang akan menghadiri temuduga untuk mengurangkan rasa gemuruh mereka?

PETUA KURANGKAN RASA GEMURUH ANDA

Berikut merupakan petua untuk mengurangkan rasa gemuruh semasa menghadiri temuduga:

1. Pastikan Tujuan Anda Menghadiri Temuduga

Sebelum anda bergerak ke tempat temuduga dijalankan, kenal pasti tujuan anda untuk menghadiri sesi temuduga yang dijalankan. Apabila anda jelas mengenai beberapa perkara mengenai diri anda, akan membuatkan anda lebih fokus dan menyerlah ketika sesi temuduga dijalankan. Anda perlu menamam dalam fikiran anda bahawa andalah orang yang paling sesuai untuk jawatan yang dipohon dengan pengalaman dan pengetahuan yang anda ada.

2. Kawal Pernafasan Anda

Anda dinasihatkan untuk sampai awal ke tempat temuduga dijalankan. Anda mampu untuk mengambil cuba menenangkan diri anda terlebih dahulu. Tarik nafas perlahan-lahan dan lepaskan. Lakukan berulang kali sehingga anda betul-betul bertenang dan rilek.

9 Petua Elak Rasa Gemuruh Ketika Temuduga

3. Percaya Dan Yakin Dengan Diri Sendiri

Sebelum memohon jawatan berkenanan, sudah semestinya anda telah membaca syarat kelayakan dan kriteria yang diperlukan. Yakin dengan diri anda bahawa anda benar-benar layak untuk hadir ke sesi temuduga. Keyakinan diri anda akan membuatkan anda lebih bertenang dan dapat mengatasi perasaan gemuruh dengan mudah.

9 Petua Elak Rasa Gemuruh Ketika Temuduga

4. Mengadakan Latihan dan Praktis

Sebelum hadir temuduga, pastikan anda membuat latihan bersama keluarga atau rakan-rakan. Latihan ini akan membantu anda bercakap di hadapan penal penemuduga. Selain itu, sesakali cuba suarakan pandangan dan pendapat anda mengenai isu berbangkit. Keyakinan anda akan bertambah sekiranya anda berani untuk bercakap di khalayak ramai.

5. Berjaya atau Gagal

Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu banyak berfikir mengenai keputusan temuduga yang dijalankan. Perkara ini akan menambahkan lagi bebanan yang ditanggung oleh anda. Sesi temuduga merupakan perkara yang berada di luar kawalan anda kerana anda tidak tahu situasi yang bakal anda hadapi yang boleh menpengaruhi keputusan mereka. Sekiranya anda gagal, anggap ia sebagai pengalaman anda untuk dijadikan sebagai kayu ukur perjalanan kerjaya anda.

9 Petua Elak Rasa Gemuruh Ketika Temuduga

6. Buat Perbandingan

Di tempat temuduga dijalankan pasti anda akan berjumpa dengan pesaing anda. Anda boleh bersembang dengan mereka untuk mengadakan hubungan. Jangan sesekali bertanya mengenai pengalaman kerja, pelajaran ataupun perkara yang boleh membuatkan keyakinan diri anda goyah. Elakkan membuat perbandingan antara calon temuduga yang lain kerana ia akan memberi tekanan kepada diri anda.

7.Mendapatkan Rehat dan Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengekalkan badan yang sihat. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup sebelum menghadiri temuduga. Kurang tidur boleh menambah rasa lesu, tidak bermaya dan mudah panik kepada anda. Apabila panik menyerang, perasaan gemuruh juga meningkat dan mampu memberi kesan semada sesi temuduga dijalankan.

9 Petua Elak Rasa Gemuruh Ketika Temuduga

8. Kurangkan Pergerakan

Sekiranya terus bergerak sebelum sesi temuduga dijalankan, anda akan menggunakan lebih banyak tenaga. Orang yang berada di sekeliling anda juga pasti dan mengetahui perasaan gemuruh. Situasi ini tidak begitu baik untuk anda kerana anda telah menunjukkan kelemahan anda sebelum sesi temuduga dijalankan. Anda boleh memegang telefon bimbit ataupun pen semasa menunggu giliran anda.

9. Membuat Gaya Power Pose

Gaya power pose adalah gaya ibarat anda seorang superhero. Gaya sangat membantu untuk hilangkan rasa gemuruh ketika temuduga di samping dapat menambah rasa percaya diri. Selain itu, kita juga akan merasa lebih bertenaga dan lebih berfikiran positif semasa temuduga dijalankan

9 Petua Elak Rasa Gemuruh Ketika Temuduga

Kesimpulannya, perasaan gemuruh ini perkara biasa jika ianya melibatkan hal yang tidak biasa anda lakukan dan mampu memberi kesan pada masa depan anda. Jangan biarkan perasaan gemuruh menggangu sesi temuduga anda. Anda boleh mencuba petua-petua di atas untuk mengurangkan rasa gemuruh semasa menghadiri temuduga.

Semoga Bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.