Permohonan Dana Didik Harapan Johor 2020, Dibuka Sepanjang Tahun

0 588

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama PTPTN dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Johor. Program ini telah dinyatakan dalam Ucapan Bajet Negeri Johor 2020.

Program ini bertujuan untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan anak-anak di Negeri Johor bagi tujuan pendidikan.

Ikuti perkongsian ini untuk menyemak syarat kelayakan dan cara permohonan boleh dilakukan.

TEMPOH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, permohonan dana didik harapan Johor ini dibuka mulai 1 Januari 2020. Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh lahir bayi.

Manakala, tempoh penerimaan adalah dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan borang/dokumen yang lengkap diterima, PTPTN akan memberikan resit pembukaan akaun SSPN-i bernilai RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus) kepada pemohon yang berjaya melalui pos.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan bagi dana didik johor:

  • Ibu DAN bapa adalah warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada ibu DAN bapa yang lahir di Negeri Johor.
  • Bayi yang dilahirkan di Negeri Johor mulai 01 hb Januari 2020.
  • Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM 7,000 sebulan. Pendapatan merujuk kepada semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan, perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun, sewa dan lain-lain.
  • Ibu DAN bapa merujuk kepada ibu DAN bapa yang dinyatakan dalam Sijil Kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan:

  • Borang Permohonan Pembukaan Akaun SSPN-i PTPTN
    (Dana Didik Johor)
  • Salinan Sijil Kelahiran bayi.
  • Slip Penyata Pendapatan Gaji Ibu DAN bapa,
    – Slip penyata pendapatan gaji ibu DAN bapa pada bulan bayi tersebut dilahirkan atau bulan sebelumnya. Atau,
  • Borang Pengesahan Pendapatan Gaji (bagi ibu DAN bapa yang tiada slip pendapatan gaji/tidak bekerja)

LANGKAH PERMOHONAN

Bagi ibu bapa yang berminat, ibu bapa boleh mengikuti langkah permohonan bagi Dana Didik Harapan seperti berikut :-

Ibu bapa boleh mengambil borang permohonan di tempat-tempat berikut mulai 1 Januari 2020:

  • Semua wad-wad bersalin hospital utama kerajaan di Johor.
  • Yayasan Pelajaran Johor.
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Negeri Johor.
  • Semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor
  • Laman web Yayasan Pelajaran Johor 

Berikut juga dikongsikan borang-borang permohonan yang boleh dimuat turun oleh ibu bapa untuk membuat permohonan:

LOKASI PENGHANTARAN BORANG

Berikut adalah lokasi permohonan yang boleh dihantar ke:

  • Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Batu Pahat
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Pontian
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Muar
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kota Tinggi
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tangkak
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulai
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Segamat
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kluang
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Mersing
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Simpang Rengam
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Rengit
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Yong Peng
  • Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Labis
  • Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pasir Gudang
  • Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Bandar Penawar
  • Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pagoh
  • Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Johor
  • Jabatan Pendaftaran Negara RTC Kulai
  • Pejabat Yayasan Pelajaran Johor di Larkin, Johor Bahru
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor
  • Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor
  • Pejabat PTPTN Cawangan Pasir Gudang
  • Pejabat PTPTN Cawangan kluang
  • Pejabat PTPTN Cawangan Batu Pahat
  • Pejabat PTPTN Cawangan Muar
  • Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Kota Tinggi)
  • Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Mersing)
  • Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Segamat)

Jika ibu bapa atau pemohon mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh ke laman web rasmi Yayasan Pelajaran Johor beserta emel dan no telefon/fax untuk rujukan:

    • Laman web rasmi Yayasan Pelajaran Johor
    • Emel : info.ypj.gov.my
    • Talian telefon 07-234 4355 @ 07- 236 1081

Semoga perkongsian mengenai Bantuan Dana Didik Harapan Johor 2020 ini bermanfaat dan dapat membantu ibu membuat permohonan demi masa depan pendidikan anak-anak anda. Semoga permohonan anda berjaya dan diluluskan.

Selamat Mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.