Permohonan Untuk Menyertai Program Pusat Anak Genius Negara Seluruh Malaysia Sehingga 30 September

0 1,806

Program Genius Negara merupakan penjenamaan semula daripada program PERMATA yang telah ditukar pada 5 April 2019 selaras dengan pembaharuan struktur tadbir urus Program tersebut.

Program ini dijalankan bagi membantu menyediakan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke bawah bagi keluarga yang berpendapatan rendah.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai permohonan untuk menyertai program pusat anak genius negara.

TEMPOH PERMOHONAN

  • Permohonan program genius negara ini dibuka sehingga 30 September 2020.

KEISTIMEWAAN PROGRAM GENIUS NEGARA

Berikut adalah keistimewaan program genius negara:

  • Merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
  • Menggunakan kurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik.
  • Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.
  • Menekankan konsep 3E iaitu meneroka,mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting dan Experiencing)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menyertai program genius negara di Pusat Anak Genius Negara:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 4 tahun ke bawah
  • Keuntamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM4,000.00

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk mengemukakan permohonan:

  • Salinan surat beranak
  • Salinan Mykid anak
  • Salinan buku kesihatan anak (muka surat hadapan dan rekod vaksin)
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga yang disahkan
  • Salinan pendapatan ibu bapa / penjaga yang disahkan
  • Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa / penjaga (sekiranya bekerja sendiri).

CARA MEMOHON

Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak mereka dan telah memenuhi syarat kelayakan boleh memuat turun borang permohonan yang disediakan di pautan di bawah dan menghantar di cawangan Anak Genius yang berdekatan dengan kawasan anda.

Borang Permohonan Program Genius Negara di Pusat Anak Genius Negara Seluruh Malaysia.

Ibu bapa diingatkan untuk membuat permohonan sebelum 30 September 2020. Semakan permohonan boleh dibuat pada bulan November 2020.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung Program Anak Genius di Pusat Anak Genius Negara, anda boleh menghubungi Bahagian Genius Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8880 5151.

Leave A Reply

Your email address will not be published.