BSN Tawarkan Pinjaman Peribadi Untuk Kakitangan Awam Negeri Maksimum RM200,000

0 1,687

Bank Simpanan Nasional menawarkan pinjaman peribadi kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri.  BSN Skim Kakitangan Awam Negeri (BSN SKAN) adalah pinjaman peribadi Islamik yang dibuka khas kepada kakitangan awam yang berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri. Pinjaman ini menawarkan kadar keuntungan terendah dengan tempoh pembiayaan yang lama.

Pinjaman ini tidak dibuka kepada mereka yang berkhidmat di bawah Kerajaan Persekutuan. Sekiranya anda berkhidmat di bawah Kerajaan Persekutuan, anda boleh memohon BSN SKAP.

Semak kelayakan anda sebelum mengemukakan permohonan pinjaman peribadi.

KELEBIHAN BSN SKAN

Berikut ialah ciri-ciri menarik yang ditawarkan oleh BSN Skim Kakitangan Awam Negeri:

  • Pinjaman Islamik Patuh Syariah
  • Dibuka untuk kakitangan kontrak/sementara
  • Kadar keuntungan terendah iaitu antara 4.6% p.a hingga 4.75% p.a
  • Jumlah pembiayaan yang fleksibel RM5,000 sehingga mencecah RM200,000.
  • Tempoh pembiayaan yang fleksibel bermula dari 24 bulan (2 tahun) hingga menjangkau 120 bulan (10 tahun).
  • Tiada caj pemprosesan.
  • Tiada caj penamatan awal.
  • Pembayaran melalui pemotongan gaji.
  • Rekod Kredit (CCRIS) tak cantik boleh mohon.

SYARAT UMUM

Berikut adalah syarat umum bagi BSN SKAN:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  • Berkhidmat dibawah Kerajaan Negeri.
  • Berpendapatan RM1,500 sebulan (atau lebih) atau RM18,000 setahun (atau lebih).
  • Tidak disenarai hitamkan oleh AEON atau mana-mana Bank di Malaysia.
  • Tiada Akaun di Bawah Pemerhatian Khas (SAA).
  • Bukan di bawah selaan AKPK.

SYARAT KHAS

Antara syarat khas untuk mengemukakan permohonan pinjaman peribadi ialah:

  • Untuk status tetap – telah berkhidmat lebih dari 3 bulan perkhidmatan.
  • Untuk status kontrak/sementara – telah berkhidmat lebih dari 12 bulan dan perlu  ada penjamin. Penjamin perlu kakitangan Kerajaan Negeri yang telah berkhidmat lebih dari 6 bulan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk memohon BSN SKAN adalah sangat ringkas dan tidak membebankan. Berikut ialah dokumen-dokumen yang diperlukan:

  1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad) depan dan belakang.
  2. Salinan 2 bulan slip gaji terkini.
  3. Surat pengesahan majikan yang mengandungi maklumat berikut – Nama, nombor Kad Pengenalan, jawatan, status, gaji bulanan, tarikh mula berkhidmat, dan tarikh bersara.
  4. Borang pemotongan gaji (BSN 09-D).

CARA MEMOHON

Bagi individu yang berminat dan telah memenuhi syarat kelayakan, anda layak untuk mengemukakan permohonan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengunjungi mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang berdekatan dengan kawasan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh mengunjungi cawangan BSN atau menghubungi cawangan BSN yang berdekatan dengan kawasan anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.