Permohonan Zakat Untuk Pelajar Diploma Dan Ijazah Kini Dibuka

0 831

Universiti Teknologi Mara (UITM) Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar telah membuka permohonan zakat bagi pelajar Ijazah dan Diploma. Permohonan zakat ini akan diagihkan oleh Unit Zakat ACIS di UiTM Cawangan Perak.

Untuk makluman anda, Unit Zakat ACIS di UiTM Cawangan Perak ini mempunyai 3 fungsi utama iaitu berfungsi sebagai entiti yang menjalankan program  pembangunan, kutipan dan pengagihan zakat kepada seluruh warga UiTM yang berhak.

Mari ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai permohonan zakat UITM ini.

OBJEKTIF

Berikut adalah objektif pengagihan zakat uitm:

  • Meningkatkan komitmen warga Muslim UiTM untuk membayar zakat.
  • Membantu agihan harta zakat dengan lebih efisien.
  • Menyediakan dana bantuan pendidikan kepada para pelajar UiTM.
  • Menyediakan bantuan kecemasan kepada warga UiTM yang ditimpa bencana.

SYARAT PERMOHONAN

Antara syarat permohonan untuk memohon zakat bagi pelajar diploma dan ijazah adalah:

  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Pemohon juga mestilah merupakan pelajar sepenuh masa Universiti ini.
  • Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak Universiti.
  • Tidak mendapat sebarang tajaan kewangan daripada mana-mana institusi.

PERMOHONAN ZAKAT PELAJAR

Permohonan zakat bagi pelajar Ijazah sesi September 2020- Februari 2021

Permohonan Zakat Untuk Pelajar Diploma Dan Ijazah Kini Dibuka

Bagi pelajar ijazah yang menyambung pengajian di UITM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar boleh mengemukakan permohonan zakat yang ditawarkan. Pemohon perlulah menghadiri temuduga yang telah ditetapkan mengikut tarikh dan masa seperti berikut:

Berikut adalah tarikh temuduga yang telah ditetapkan mengikut semester pelajar:

Tarikh Temuduga
  • Semester 2 & 4 – 19 hingga 20 Oktober 2020
  • Semester 5 & 6 – 21 hingga 22 Oktober 2020
  • Semester 7 & 8 – 23 Oktober 2020
Masa
  • 8.30 pagi – 12.30 petang
  • 2.30 pagi – 4.15 petang
Tempat
  • Pejabat UHEI, Aras 2, Pusat Islam Kampus Seri Iskandar

Permohonan zakat bagi pelajar Diploma sesi Septmber 2020 – Febuari 2021

Permohonan zakat bagi pelajar Diploma sesi Septmber 2020 - Febuari 2021

Bagi pelajar diploma yang menyambung pengajian di UITM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar boleh mengemukakan permohonan zakat yang ditawarkan. Pemohon perlulah menghadiri temuduga yang telah ditetapkan mengikut tarikh dan masa seperti berikut:

Berikut adalah tarikh temuduga yang telah ditetapkan mengikut semester pelajar:

Tarikh Temuduga
  • Semester 2 & 3 – 28 Oktober 2020
  • Semester 4 & 5 – 2 hingga 3 November 2020
  • Semester 6 hingga 8 – 4 hingga 5 2020
Masa
  • 8.30 pagi – 12.30 petang
  • 2.30 pagi – 4.15 petang
Tempat

Pejabat UHEI, Aras 2, Pusat Islam Kampus Seri Iskandar.

Pemohon yang berminat dikehendaki untuk memuat turun borang permohonan di bawah dan serta mengisi maklumat dengan lengkap ke temuduga pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan. Anda juga diminta untuk membawa dokumen yang diminta semasa mengemukakan permohonan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian berikut:

  • USTAZ HJ.MOHD NORZARIR ARSHAD    05-374 2389 / 013-4441553
  • USTAZ MOHD ZAKI AHMED FAUZI        05-374 2392 / 016-5581980

Borang Permohonan Zakat UITM Cawangan Perak

;

Leave A Reply

Your email address will not be published.