Tawaran Kemasukan Ke Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur Program Diploma Matematik Kewangan

0 873

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah menawarkan program Diploma Matematik Kewangan. Melalui Diploma Matematik Kewangan, para pelajar mampu mempraktikkan kaedah matematik dan menggunakan perisian matematik dan statistik perkomputeran bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan kewangan dan pelaburan.

Diploma Matematik Kewangan (DMK) menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Selain itu, ia juga menggunakan kaedah pengajaran yang konvensional.

Mari ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Diploma Matematik Kewangan.

PENDAFTARAN KINI DIBUKA

Pendaftaran telah dibuka bagi MOD SEPENUH MASA, ambilan pada 19 & 20 September 2020.

TAWARAN TAJAAN

Terdapat 2 tajaan yang ditawarkan bagi Mod Sepenuuh Masa iaitu:

  • Peluang tajaan biasiswa penuh 100% dengan syarat pointer 3.5 setiap semester.
  • Tajaan biasiswa baitulmal dari segi yuran pendaftaran, yuran asrama, elaun sara hidup RM300 sebulan dan 25% daripada yuran pengajian, manakala 75% baik yuran adalah pinjaman ptptn.
  • Keluarga yang berpendapatan RM5000 ke bawah sebulan layak untuk memohon tajaan.

OBJEKTIF PEMBELARAN PROGRAM

Program ini bertujuan melahirkan graduan yang:

  • Berupaya mengaplikasi pengetahuan matematik dalam industri kewangan.
  • Mempunyai kemahiran menggunakan perisian matematik perkomputeran dalam industri kewangan seperti SAS, Excel Advanced, SPSS dan C++.
  • Sentiasa berpegang teguh pada nilai, etika, moral, adab dan profesionalisme dalam menawarkan perkhidmatan berkaitan pelaburan.

SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan bagi mengikuti program Diploma Matematik Kewangan adalah:

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun setaraf dengannya dan;
  • Mendapat tiga (3) kepujian  dalam mana-mana mata pelajaran termasuk MATEMATIK serta;
  • Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

YURAN PENGAJIAN

Bagi yuran pengajian dan yuran pendaftaran adalah sebanyak RM26,276.00 sepanjang tempoh pengajian. Manakala bagi asrama adalah sebanyak RM3,570.00 sepanjang tempoh pengajian.

PROSPEK KERJAYA

Antara prospek kerjaya bagi program Diploma Matematik Kewangan adalah seperti berikut:

  • Penolong Pegawai Bank
  • Penolong Pegawai Perangkaan
  • Penolong Pegawai Penyelidik
  • Penolong Pegawai Kewangan
  • Penolong Perunding Insurans

PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

Graduan Diploma Matematik Kewangan boleh menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana universiti awam dan swasta yang menawarkan bidang Matematik Kewangan, Kewangan Islam, Kejuruteraan Kewangan atau Sains Aktuari.

Berikut adalah senarai universiti awam dan swasta yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Matematik Kewangan, Kewangan Islam, Kejuruteraan Kewangan dan Sains Aktuari:

  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Multimedia University (MMU)
  • Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)
  • Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK)

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh menghubungi talian yang disediakan di bawah:

  • KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR
    Lot 1363 Jalan Perkasa, Maluri.
    55100 Kuala Lumpur.
  • Untuk maklumat yuran pengajian hubungi :
    Nur Atiqah Mat Marzuki

     emel: [email protected]
     Talian Telefon: 03-92814054 samb. 2110

    Mohd Zaini Nordin
    emel: [email protected]
    Talian Telefon: 03-92814054 samb. 1020

  • Untuk maklumat pembiayaan hubungi :
    Nor Hasliza Asngari

    emel: [email protected]
    Talian Telefon: 03-92814054 samb. 1029

    Maisarah Ahmad Arabi
    Emel: [email protected]
    Talian Telefon: 03-92814054 samb. 1029

  • Untuk maklumat penempatan asrama :
    Farah Suraya Datuk Che Mat

    Emel: [email protected]
    Talian Telefon: 03-92815046

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.