Cara Mohon Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK), Elaun Sehingga RM300 Sebulan & Yuran Percuma!

215

Adakah anda berminat untuk mengikuti latihan kemahiran dalam bidang pertanian?

Bagi anda yang berminat dengan latihan dalam bidang pertanian, anda sangat dialu-alukan untuk ikuti Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) untuk sesi Mac 2022.

Macam mana ya nak mohon Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK)?

TUJUAN PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN PERTANIAN KEBANGSAAN (PLKPK)

Tujuan utama Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) adalah untuk:

  • Melahirkan usahawan tani yang berkeyakinan, berkemahiran dan berdaya saing.
  • Melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional yang akan berkhidmat di dalam sektor swasta bidang pertanian.
  • Menjadi platform kepada pelatih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Baca juga: Cara Mohon Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022. Imbas QR Code Disini Untuk Mohon

SYARAT PERMOHONAN

Syarat permohonan untuk ikuti Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 hingga 25 tahun
  • Sihat tubuh badan
  • Boleh membaca mengira dan menulis

KEISTIMEWAAN PROGRAM

Pelatih yang mengikuti Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK) akan menikmati keistimewaan seperti berikut:

  • Yuran pengajian PERCUMA!
  • Elaun sebanyak RM200 hingga RM300 sebulan
  • Penginapan disediakan
  • Makan dan minum disediakan

BIDANG YANG DITAWARKAN

Pelatih yang membuat pendaftaran boleh memilih bidang latihan kemahiran yang ditawarkan seperti berikut:

  • Tanaman
  • Ternakan Ruminan
  • Ternakan Poltri
  • Pengeluaran Padi
  • Pemasaran
  • Akuakultur Air Tawar
  • Akuakultur Marin
  • Pemprosesan Makanan
  • Teknologi Perikanan
  • Tangkapan

CARA DAFTAR

Anda boleh membuat pendaftaran dipautan berikut:

Cara Mohon Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK), Elaun Sehingga RM300 Sebulan & Yuran Percuma!

  • Klik Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) BLKP
  • Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar.

Baca juga: Bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang, MAINPP & Dapatkan Syarat-Syaratnya Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK), sila dapatkan melalui saluran berikut:

  • Dr Syamsiah: 03-8870 1677
  • Mohd Aizol: 03-8870 1702

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.