Penjawat Awam Negeri Perlis, Perak & Kedah Bakal Terima Bonus Dari Kerajaan Negeri Sehingga RM1,000 Tahun Hadapan

1,101

Syukur kerana selepas ini penjawat awam di negeri Perlis, Kedah dan Perak juga bakal menerima durian runtuh iaitu bonus dari Kerajaan Negeri masing-masing.

Penjawat awam dari ketiga-tiga negeri ini akan menerima bonus bermula RM900 sehingga RM1,000 pada tahun hadapan.

Selain daripada 3 negeri ini, penjawat awam persekutuan juga akan menerima bonus atau bantuan khas kewangan dari Kerajaan Malaysia sebanyak RM700 seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia dalam pembentangan Bajet 2022.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Untuk pengetahuan anda semua, Bonus atau Bantuan Khas Kewangan untuk bagi tahun 2022 adalah seperti berikut:

  • Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700.
  • Bantuan Khas Kewangan kepada  1 juta pesara Kerajaan sebanyak RM350.

BONUS KERAJAAN NEGERI

Penjawat awam negeri Perlis, Kedah dan Perak akan menerima bonus pada tahun 2022 seperti berikut:

  • Perlis: RM900
  • Kedah: RM1,000
  • Perak: RM1,000

BAYARAN BONUS

Negeri Perak

  • Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, penjawat awam akan menerima bonus seawal bulan Januari tahun 2022.
  • Pemberian Bantuan Khas Kewangan itu sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang setia bersama kerajaan negeri dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Negeri Perlis

  • Kerajaan negeri mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM900 kepada semua penjawat awam negeri bagi Gred 56 dan ke bawah sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka kepada pentadbiran negeri.
  • Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man ketika membentangkan Bajet Perlis 2022 yang bertemakan ‘Kesalingan Pimpinan-Rakyat, Pemangkin Kelangsungan Kemakmuran dan Kesejahteraan’ turut mengumumkan bantuan sebanyak RM550 untuk pesara.

Negeri Kedah

  • Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika membentangkan Bajet Kedah 2022 bertemakan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini, berkata kerajaan melihat penjawat awam tetap menunaikan amanah dan tanggungjawab walaupun dalam suasana kerja terhad dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
  • Kerajaan Kedah bersetuju meluluskan bantuan khas kewangan RM1,000 untuk penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Namun, pemberian Bonus kepada penjawat awam sebanyak RM700 oleh kerajaan persekutuan menjadi persoalan kepada orang ramai mengapa mereka mendapat bonus sebanyak itu.

Nak tahu jawapannya? Dapatkan info sepenuhnya disini dan semoga anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan mengenai isu ini.

Penjawat Awam Negeri Perlis, Perak & Kedah Bakal Terima Bonus Dari Kerajaan Negeri Sehingaa RM1,000 Tahun Hadapan

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.