Bagaimana Nak Jawab Soalan Temuduga “Sanggupkah Anda Ditempatkan Di Kawasan Pedalaman?”

3,045

Setiap calon yang hadir ke temuduga pastinya membuat persiapan dengan sebaik-baiknya bermula daripada pakaian, persediaan dokumen dalam fail serta cara menjawab soalan-soalan yang akan ditanya oleh panel penemuduga.

Antara soalan yang sering ditanya pastinya sudah dikongsikan oleh calon temuduga ini beserta jawapan. Namun, sudah pasti panel penemuduga tidak ingin anda menjawab soalan yang klise atau sudah biasa djawab oleh orang lain.

Kalau begitu, anda boleh dapatkan 5 tips penting untuk menjawab soalan, “Sanggupkah Anda Ditempatkan Di Kawasan Pedalaman?” seterusnya menjawab soalan lain daripada yang lain.

5 TIPS JAWAB SOALAN “SANGGUPKAH ANDA DITEMPATKAN DI KAWASAN PEDALAMAN?”

Untuk menjawab soalan “Sanggupkah Anda Ditempatkan Di Kawasan Pedalaman?”, terdapat 5 tips berguna yang boleh anda amalkan ketika menjawab soalan ini iaitu:

1. NYATAKAN MINAT TERHADAP JAWATAN

  • Contoh jawapan: “Terima kasih Tuan/Puan atas soalan ini. Untuk pengetahuan Tuan/Puan, saya sangat berminat dengan jawatan ini dan saya sanggup ditempatkan di mana-mana sahaja termasuk ke kawasan pedalaman.”
  • Jawab dengan jujur dan ikhlas. Jangan beri jawapan yang tidak jujur dan sanggup berbohong semata-mata untuk mendapat pekerjaan serta gaji setiap bulan sahaja.
  • Jika tidak berminat, jangan mohon jawatan ini dan berikan peluang kepada orang lain yang lebih layak dan berminat untuk mengisi kekosongan ini.

2. NYATAKAN KEMAMPUAN ANDA

  • Adakah anda mampu untuk bertugas dalam kawasan pedalaman serta berhijrah jauh daripada tempat anda sekarang?
  • Jika anda minat, anda rela ditempatkan di mana-mana sahaja kerana bekerja dalam sektor awam, anda tidak akan ditempatkan di satu-satu tempat sahaja.
  • Buktikan anda boleh berdikari dan bekerja jauh daripada semua orang. Nyatakan anda pernah belajar di negeri Sarawak, Sabah atau di luar negara dan mampu untuk uruskan sesuatu tugasan serta secara berkumpulan. Jangan lupa sertakan contoh atau pencapaian anda.

3. NYATAKAN PERANCANGAN ANDA

  • Jika ditempatkan di Jabatan Pengangkutan Jalan, Kapit, Sarawak, apakah perancangan anda nanti?
  • Ia bertujuan untuk meyakinkan panel penemuduga bahawa anda sanggup dan mampu untuk bertugas di kawasan pedalaman.
  • Contoh jawapan, “Sekiranya saya dihantar untuk bekerja di kawasan pedalaman, saya boleh berjauhan dengan keluarga untuk memberikan komitmen kepada pekerjaan saya. Selepas stabil dalam setahun dua, saya akan membawa suami/isteri/anak-anak untuk tinggal bersama.”

4. JAWAB DENGAN TENANG & YAKIN

  • Jawab setiap soalan dengan tenang dan yakin kerana anda mampu untuk bekerja di mana-mana sahaja anda ditempatkan.
  • Ini kerana anda sudah mempunyai perancangan dan kemampuan untuk bekerja di kawasan pedalaman.
  • Oleh sebab itu, anda perlu mempunyai minat yang mendalam terhadap jawatan yang dipohon.

5. BUAT LATIHAN SIMULASI

  • Jangan lupa buat latihan simulasi sebelum anda hadir ke temuduga yang sebenar.
  • Lakukan berkali-kali sehingga anda yakin untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh panel penemuduga nanti.
  • Rakam dalam bentuk video agar anda boleh lihat semula dan buat penambhbaikan.

Apa terjadi sekalipun, jangan lupa berdoa agar segala urusan temuduga anda dipermudahkan.

Nak tahu tak, kalau hantar resume melalui emel, anda perlu sertakan bersama cover letter sebagai surat iringan memohon pekerjaan, internship dan sebagainya?

Anda boleh dapatkan contoh cover letter yang power disini, download dan jadikan rujukan.

Lepas tu, semasa temuduga kalau tak tahu nak jawab apa, jangan terus jawab TAK TAHU, klik sini dan dapatkan petua untuk jawab soalan tersebut.

Jangan Sebut "Tak Tahu" Dalam Temuduga Kerja SPA! Pantang Larang Temuduga

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.