Apakah Suasana Kerja Yang Anda Minat? Jarang-Jarang Ditanya Dalam Temuduga, Tapi Apa Nak Jawab?

1,032

Soalan ini sangat jarang-jarang ditanya ketika temuduga dan sudah pasti tak tahu nak jawab macam mana bukan?

Anda boleh je dapatkan jawapan untuk soalan, “Apakah Suasana Kerja Yang Anda Minat?” disini melalui tips-tips yang dikongsikan.

Selepas ini, tak ada lagi masalah untuk anda menjawab soalan ini kerana terdapat 3 tips yang boleh anda amalkan nanti.

TIDAK SEMUA AKAN LULUS TEMUDUGA

Adakah anda tahu bahawa dalam 1,000 orang calon temuduga, tidak semua akan lulus dalam temuduga tersebut?

Jika terdapat 100 kekosongan, secara tidak langsung lebih kurang 800 orang calon akan gagal dalam sesi temuduga yang dijalankan.

100 orang calon lulus dan 50 orang calon akan menjadi calon simpanan.

Tetapi kalau semua jawatan yang anda mohon tak lepas tapisan je, anda boleh rujuk info berikut:

3 TIPS JAWAB SOALAN “APAKAH SUASANA KERJA YANG ANDA MINAT?”

Soalan ini memang jarang-jarang disoal oleh penemuduga semasa sesi temuduga dijalankan.

Penemuduga akan bertanyakan soalan ini untuk melihat sifat dan reaksi anda sama ada anda sesuai atau tidak untuk menjawat jawatan tersebut.

Kalau begitu, dapatkan 3 tips untuk menjawab soalan “Apakah Suasana Kerja Yang Anda Minat?” dan jawab dengan yakin ya!

1. KERJAYA SAMPAI PENCEN

  • Anda boleh menjawab soalan ini dengan jawapan seperti berikut: “Saya bukan mencari jawatan, tetapi saya mencari pekerjaan yang dapat menjadi kerjaya saya sehingga bersara nanti” dan senyum.
  • Ini bermakna anda boleh bekerja dalam apa jua suasana yang bakal anda hadapi pada masa akan datang.

2. JAWATAN TARAF DIPLOMA KE ATAS

  • Nyatakan pengalaman yang berkaitan dengan kepimpinan anda semasa di kolej serta universiti. Sebutkan nama jawatan anda agar ia memberikan kesan yang positif kepada penemuduga. Jangan lupa nyatakan pencapaian anda semasa menjadi pemimpin.
  • Kaitkan pengalaman tersebut dengan jawatan yang anda pohon dan anda boleh menjawab soalan seperti berikut: “Berdasarkan kajian yang saya lakukan, suasana dan situasi pekerjaan di jabatan ini dapat membantu saya menambahkan pengalaman sedia ada seterusnya menjadikan organisasi ini lebih baik daripada yang sedia ada. Ini kerana saya adalah seorang yang tenang dan sentiasa bersedia untuk menghadapi apa sahaja perkara yang berlaku ketika bekerja”

3. KAJI ORGANISASI/JABATAN

  • Anda tahu bahawa organisasi/jabatan tersebut agak tidak terurus. Nyatakan bahawa anda telah membuat kajian mengenai situasi terkini jabatan tersebut. Apa yang anda perlu lakukan ialah, nayatakan situasi yang sedang berlaku dan berikan jalan penyelesaian.
  • Jangan lupa untuk sebutkan bahawa anda inginkan suasana yang tenang, selesa dan harmoni untuk bekerja.
  • Mengapa? Kerana anda ingin bekerja dengan lebih lama dan seboleh sehingga bersara nanti (Rujuk point nombor 1)
  • Jika suasana kerja di jabatan tersebut dalam keadaan yang baik setelah anda lakukan kajian, nyatakan kepada panel penemuduga bahawa anda ingin suasa tersebut kekal atau semakin baik sehingga mencapai misi dan visi jabatan.

Jangan jawab soalan ini tanpa hala tuju. Berikan jawapan yang positif dan pastikan mempunyai contoh-contoh yang sesuai. Kadangkala calon memberikan jawapan semata-mata tanpa contoh dan sesi temuduga nampak bosan seterusnya membuatkan penemuduga memberikan penilaian yang tidak elok kepada anda.

Sekiranya penemuduga membuat provokasi kepada anda, kekal tenang dan jangan melatah!

Kalau nak jawab, rujuk pautan ini:

Apabila sesi temuduga telah tamat, jangan keluar macam tu je, jaga adab tau! Mengapa? Semuanya ada markah ya! Tak percaya? Klik sini kalau nak tahu jawapannya!

7 Perkara Kena Buat Selepas Temuduga. Jangan Ingat Tak Ada Markah Tau!

Kalau dah tahu, jangan simpan sorang-sorang tau! Share dengan rakan-rakan yang lain biar semuanya dapat manfaat.

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.