Senarai Keperluan Yang Calon Selalu Terlepas Pandang Untuk Hadir Temuduga

0 538

Kebanyakkan calon terlepas pandang menganai perkara penting ini. Ianya nampak seperti mudah dan remeh tetapi mampu memberi kesan yang besar kepada anda yang akan menghadiri temuduga.

Resume adalah perkara utama yang anda perlu bawa. Namun, terdapat keperluan lain yang mempunyai kepentingan yang sama besar dengan resume anda.

Berikut akan dikongsikan keperluan-keperluan yang perlu anda bawa bersama ketika menghadiri temuduga.

INI SENARAI YANG PERLU ANDA BAWA BERSAMA

Antara senarai yang anda perlu bawa bersama ketika menghadiri interview adalah seperti berikut:

1. Bateri Telefon 100%

Sebelum menghadiri interview, pastikan telefon bimbit anda telah dicas sepenuh sebelum dibawa bersama. Kita tidak mengetahui perkara yang bakal berlaku ketika menghadiri interview.

Sebagai contoh tayar kereta bocor atau tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Dengan adanya telefon bimbit anda boleh meminta bantuan atau memaklumkan keadaan kepada syarikat yang akan menemuduga anda. Ini akan menyelamatkan diri anda daripada pandangan negatif penemuduga.

Senarai Keperluan Yang Calon Selalu Terlepas Pandang Untuk Hadir Temuduga

2. Sediakan Wang Tunai Yang Mencukupi

Sesetengah orang tidak suka membawa wang tunai kerana mereka lebih gemar menggunakan kad ataupun e-wallet. Namun, penyediaan wang tunai yang mencukupi juga perlu disediakan ketika anda menghadiri interview.

Hal ini kerana anda tidak tahu sekiranya anda perlu membayar tempat letak kereta atau kenderaan awam yang dinaiki.

3. Sediakan Gula-gula

Sebelum anda bergerak ke tempat interview, anda perlu menyediakan gula-gula yang mampu memberi kesegaran pada mulut anda. Bau mulut mungkin akan menyebabkan ketidakselesaan kepada orang lain. Keyakinan anda juga tidak akan tergugat dengan bau mulut anda sendiri. Anda boleh menyediakan gula-gula seperti mentos, halls dan himalaya.

Senarai Keperluan Yang Calon Selalu Terlepas Pandang Untuk Hadir Temuduga

4. Cermin Kecil

Cermin kecil ini boleh digunakan untuk anda melihat wajah dan penampilan anda pada saat-saat genting. Untuk pergi ke tanda mungkin akan memakan masa lama kerana anda tidak biasa dengan tempat baru.

Anda juga boleh mencermin diri anda sebelum diri anda sebelum memasuki bilik temuduga. Setelah berpuas hati dengan diri anda, barulah melangkah masuk ke bilik temuduga dengan yakin.

Senarai Keperluan Yang Calon Selalu Terlepas Pandang Untuk Hadir Temuduga

5. Deodorant

Bau badan anda melambangkan anda seorang yang pembersih atau sebaliknya. Oleh itu, deorant akan menjadi penyelamat anda untuk mengurangkan bau badan anda. Pastikan anda memakai deodorant sebelum ke tempat temu duga untuk mengelakan bau badan mengganggu keselesaan orang lain.

Senarai Keperluan Yang Calon Selalu Terlepas Pandang Untuk Hadir Temuduga

6. Air

Anda juga digalakkan untuk membawa air bersama anda. Air mampu untuk mengurangkan rasa gemuruh anda sebelum memasuki ruang temuduga. Anda boleh membawanya dalam botol yang lebih kecil  dan tidak membebankan anda.

 7. Pen Dan Kertas

Pen dan kertas ataupun buku kecil adalah perkara yang penting untuk dibawa bersama. Kerana anda mungkin perlu menulis dan mencatat sesuatu sebelum dipanggil ke bilik temuduga. Anda mungkin perlu berhadapan dengan ujian kelayakan sebelum interview.

Anda diingatkan semula untuk tidak lupa senarai keperluan di atas sebelum menghadiri temuduga. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada untuk menghadiri temuduga pada masa akan datang.

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.