Tak Perlu Ke Kaunter. Ini Cara Mudah Reset Passwords CIMB Clicks Anda

0 704

Urusniaga menggunakan perbankan internet sangatlah menjadi keperluan dan kemudahan pada masa kini kerana ianya lebih selamat dan mudah. Perbankan internet juga boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu ke kaunter atau mesin ATM.

Namun begitu, jika anda terlupa kata laluan CIMB Click atau user ID yang telah didaftarkan, segala kemudahan yang disediakan oleh pihak bank tidak dapat diakses dan digunakan.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui cara mudah untuk reset dan membuat kata laluan baru akaun anda tanpa perlu ke kaunter.

MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

Berikut adalah maklumat yang diperlukan untuk reset semula password CIMB Click:

  • Sediakan kad DEBIT/CREDIT
  • PIN baru.

CARA RESET PASSWORD CIMB Click

Ikuti langkah mudah ini untuk reset semula kata laluan CIMB Click anda:

  1. Pergi ke laman web CIMB Click
  2. Klik butang Forgot User ID or Password

3. Klik dropdown How did you register for CIMB Clicks ? Pilih CIMB ATM/Debit/Credit Card.

4. Anda perlu masukkan maklumat card Debit/Credit anda di ruangan yang disediakan.

5. Tandakan pada kotak Term anda Condition dan klik NEXT.

6. Langkah seterusnya masukkan ID akaun anda dan kata laluan baru dan buat pengesahan pada kata laluan anda.  Untuk kata laluan baru CIMB Clicks gunakan kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol, Contohnya Addien987.

Tak Perlu Ke Kaunter. Ini Cara Mudah Reset Passwords CIMB Clicks Anda

7. Pastikan kata laluan sama dan memenuhi syarat. Tanda  akan berwarna hijau.

8. Klik Request for TAC untuk dapatkan kod rahsia yang di hantar ke telefon bimbit anda

9. Masukan 6 digit kod TAC.

10. Dah siap!

Setelah selesai menukar kata laluan anda, anda boleh mencuba untuk login semula ke akaun CIMB Click anda. Pastikan anda menyimpan butiran dan maklumat yang diisi agar anda tidak terlupa dan memudahkan urusan anda untuk menggunakan kemudahan perbankan internet.

 

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.