Bilakah Tarikh Pengumuman ASB & Berapa Jumlah Bonus Dividen Bagi Tahun 2021?

4,174

Pencarum Amanah Saham Bumiputera (ASB) pastinya menanti-nantikan bilakah Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan membuat pengumuman mengenai agihan pendapatan serta jumlah bonus/dividen simpanan masing-masing.

Tetapi seperti biasa, ia akan diumumkan pada bulan Disember pada setiap tahun dan ahli boleh membuat semakan pada awal atau penghujung bulan Januari tahun akan datang.

Anda boleh dapatkan info seterusnya disini dan boleh membuat semakan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

PENGAGIHAN PENDAPATAN ASN IMBANG 1

Pada minggu lalu, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 (ASN Imbang 1) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2021 iaitu sebanyak:

  • RM2.74 seunit.

Pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Disember 2021.

TARIKH PENGUMUMAN KADAR DIVIDEN & BONUS ASB 2021

Bilakah tarikh pengumuman kadar dividen dan bonus ASB bagi tahun 2021? Buat masa ini PNB belum memberikan sebarang tarikh pengumuman dan maklumat mengenai tarikh pengumuman kadar dividen dan bonus ASB 2021 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

KADAR BONUS & DIVIDEN ASB 2021

Kadar jumlah pengagihan bonus dan dividen ASB akan dikira berdasarkan sen/ seunit dan jumlah tersebut pada tahun 2021 ialah:

TAHUN DIVIDEN BONUS 
2021 – (Akan dikemaskini) – (Akan dikemaskini)

KADAR AGIHAN PULANGAN BONUS & DIVIDEN ASB TAHUN 1990 HINGGA 2020

TAHUN DIVIDEN BONUS
2020 3.50 0.75
2019 5.00 0.50
2018 6.50 0.50
2017 7.00 0.25 +1.00 (Bonus Khas Ulangtahun)
2016 6.75  0.50
2015 7.25 0.50
2014 7.50 1.00
2013 7.70 1.00
2012 7.75  1.15
2011 7.70 1.00
2010 7.50  1.25
2009 7.30  1.20
2008 7.00  1.75
2007 8.00 1.00
2006 7.30 1.25
2005 7.25 1.75
2004 7.25 2.00
2003 7.25 2.00
2002 7.00 2.00
2001 7.00 3.00
2000 9.75 2.00
1999 8.50 1.50 + 2.0 (2 Sen Bonus Istimewa)
1998 8.00 2.50
1997 10.25 1.25
1996 10.25 3.00 + 2.0 (2 Sen Bonus Istimewa)
1995 10.0 3.00
1994 9.50 4.50
1993 9.00 4.50
1992 7.50 5.00
1991 8.50 4.00
1990 8.00 6.00

PENANGGUHAN URUS NIAGA ASB 2021

Untuk pengetahuan anda, tempoh penangguhan urusniaga ASB bagi tahun 2021 ialah:

  • 23 Disember 2021-2 Januari 2022

Bilakah Tarikh Pengumuman ASB & Berapa Jumlah Bonus Dividen Bagi Tahun 2021?

KAEDAH PEMBAYARAN & SEMAKAN PENDAPATAN BONUS & DIVIDEN ASB 2021

Sama seperti sebelum ini, pembayaran pengagihan pendapatan dividen dan bonus ASB akan terus dikreditkan ke akaun pemegang unit masing-masing.

Pemegang unit juga boleh terus membuat semakan secara online dipautan berikut:

Malah, pengeluaran unit juga boleh dilakukan secara online selain daripada ke kaunter. Pengeluaran secara online juga telah dinaikkan sehingga RM1,000 dan klik pautan dibawah untuk membuat pengeluaran unit ASB anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di:

Telefon: 03-7730 8899 (8 pagi – 10 malam)

Emel: [email protected]

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.