Nak Berhenti Kerja? Sediakan Surat Penyelesaian Cukai Terlebih Dahulu Daripada LHDNM. Klik Sini & Download Borang

307

Setiap pekerja yang ingin berhenti kerja digalakkan untuk mendapatkan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) terlebih dahulu.

Mengapa pekerja perlu mendapatkan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) daripada LHDNM ini sebelum berhenti kerja?

Anda akan mendapat jawapannya disini dan boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsikan disini.

TUJUAN DAPATKAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI (SPC)

Antara tujuan pekerja yang ingiin berhenti kerja perlu mendapatkan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) ialah:

  • Supaya amaun ganjaran dan manfaat yang akan dinikmati selepas bersara atau berhenti kerja diperoleh dengan segera.
  • Amaun ganjaran tidak dikurangkan akibat kegagalan melaporkan pendapatan terdahulu sebelum berhenti kerja.

SIAPA PERLU DAPATKAN SURAT PENYELESAIAN CUKAI (SPC)?

Mereka yang perlu mendapatkan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) ialah:

  • Pekerja yang berhenti kerja
  • Pekerja yang bersara
  • Pekerja yang diberhentikan kerja
  • Pekerja yang meninggal dunia
  • Pekerja yang hendak meninggalkan Malaysia

TINDAKAN MAJIKAN

Apa yang majikan perlu lakukan sekiranya pekerja ingin berhenti kerja dan ingin mendapatkan Surat Penyelesaian Cukai (SPC)?

Majikan hanya perlu:

  • Memaklumkan kepada LHDNM tidak kurang 30 hari sebelum tarikh pemberhentian pekerja / bersara / pekerja dijangka meninggalkan Malaysia; atau tidak lebih 30 hari selepas dimaklumkan kematian pekerja berkenaan
  • Menahan apa-apa bahagian wang yang akan atau boleh dibayar kepada pekerja dan tidak membayar apa-apa bahagian wang tersebut tanpa kebenaran LHDNM sehingga tempoh 90 hari dari tarikh Borang CP21, CP22A, atau CP22B (yang mana berkenaan) diterima oleh LHDNM.
  • Membayar semua atau sebahagian amaun wang yang ditahan kepada LHDNM apabila diarahkan pada bila-bila masa dalam tempoh tersebut.

MUAT NAIK BORANG SURAT PENYELESAIAN CUKAI (SPC)

Antara borang yang perlu disediakan oleh majikan untuk mendapatkan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) ialah:

  • Borang CP21: Pemberitahuan pekerja meninggalkan Malaysia
  • Borang CP22: Pemberitahuan pekerja baharu
  • Borang CP22A: Pemberitahuan pemberhentian kerja atau pemberhentian disebabkan kematian bagi pekerja swasta
  • Borang CP22B: Pemberitahuan pemberhentian kerja atau pemberhentian disebabkan kematian bagi pekerja agensi kerajaan

Muat naik borang ini melalui pautan di bawah seterusnya ikuti langkah-langkah yang dikongsikan:

Nak Berhenti Kerja? Sediakan Surat Penyelesaian Cukai Terlebih Dahulu Daripada LHDNM. Klik Sini & Download Borang

  • Klik Borang kemudian anda klik Muat Turun Borang
  • Seterusnya klik Lain-Lain Borang, pilih Borang CP21/CP221A atau CP22B
  • Isi borang dengan melengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  • Kemukakan borang yang telah lengkap diisi ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan pekerja atau ke cawangan LHDNM yang berhampiran jika tiada nombor cukai pendapatan.
  • Atau secara online pada pautan https://www.hasil.gov.my/ dengan klik MyTax kemudian ke Perkhidmatan ezHasil dan klik e-SPC.

Selain itu, Majikan yang ingin menghantar Borang Cukai Warga Asing boleh melakukan demikian sehingga 31 Disember 2021 ini. Apakah borang-borang yang perlu dihantar oleh Majikan? Klik sini untuk dapatkan info yang selanjutnya.

SUMBER

MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi LHDN menerusi:

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.